• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Samakan Majlis Penasihat Dengan Pemandu

oleh Haris
30/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong dalam jawapannya kepada soalan Ahli Parlimen PAS dari Kubang Kerian, Tuan Ibrahim Tuan Man mengatakan Majlis Penasihat Kerajaan tidak wajar disamakan dengan Unit Pelaksanaan dan Pengurusan Prestasi (Pemandu).

Memang tidak wajar disamakan Majlis Penasihat dengan Pemandu kerana kedua-duanya menggalas tugas yang berbeza, dan Pemandu mempunyai tugas dan bidang kuasa yang khusus.

Majlis Penasihat pula tidak jelas dan telah mencetuskan persepsi yang negatif banyak pihak.

Sebenarnya, Liew sendiri tidak perlu mengulas panjang lebar kenapa kedua-dua badan itu tidak sama kerana itu bukan isu yang ditimbulkan.

Orang ramai mula tertanya-tanya di mana kedudukan Majlis Penasihat dari segi peraturan pentadbiran negara apabila ia mula mewakili perdana menteri berjumpa pemimpin negara luar.

Isu sebenarnya ialah kedudukan majlis tersebut dari segi undang-undang, kepada siapa mereka melapor, adakah kos yang dikeluarkan untuk operasi mereka dan banyak lagi persoalan lain.

Mereka tidak diundi oleh rakyat dan pilihan raya lalu dan tidak dilantik sebagai senator untuk menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam negara.

Bagaimanapun, mereka nampak lebih berkuasa kerana berada dalam kalangan penasihat terdekat dengan perdana menteri.

Tidak perlulah pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan memberi jawapan teknikal seperti mereka tidak bergaji dan hanya sementara.

Soalnya ialah mereka berpengaruh dan budaya politik kita memang menjadikan mereka yang dianggap “orang PM” mempunyai pengaruh tertentu.

Mereka terdiri daripada bilionair, bekas penjawat awam berkuasa, dan mempunyai akses kepada maklumat dan penguasa tertentu di dalam dan luar negara.

Yang paling penting ialah mereka mempunyai kepentingan perniagaan dan ini sudah pun terdedah beberapa minggu lepas.

Maklumat sudah tersebar berhubung pembelian saham sebuah syarikat yang terlibat dengan pembinaan projek jalan keretapi yang dirancang kerajaan sebelum ini.

Maka inilah persoalan-persoalan yang perlu dijelaskan dan kedudukan Majlis Penasihat itu dinilai dan dibuat keputusan untuk dibubarkan. – Mynewshub.tv

Tags: Majlis Penasihat Kerajaanpakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd