• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Larang Anggota Exco Perak Lawat MRSM Taiping Selesai

oleh
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Anggota exco kerajaan negeri Perak, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata isu beliau tidak dibenarkan melawat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Isnin lalu, disebabkan salah faham.

Exco Pendidikan negeri itu menganggap isu itu selesai selepas pihak pengurusan maktab berkenaan berjumpa dengan beliau pada Selasa lalu untuk memberi penjelasan serta permohonan maaf daripada Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) negeri, Yahya Sani.

“Walaupun mereka itu terus di bawah peringkat Persekutuan tetapi kerana mereka beroperasi di negeri mereka harus akur dengan pihak yang berada di negeri, kita juga bukan nak tunjuk kuasa tetapi kita terpaksa menjawab kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutup Pertandingan Sketsa Rukun Negara Peringkat negeri 2018 anjuran Jabatan Penerangan Perak di Kompleks Penyiaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di sini hari ini.

Isnin lepas, Abdul Aziz, yang memegang portfolio pendidikan, alam sekitar, sains, teknologi hijau dan penerangan, bersama pengamal media tidak dibenarkan melawat MRSM berkenaan susulan 31 pelajar di maktab tersebut mengalami cirit birit dan muntah setelah mengalami keracunan makanan, baru-baru ini.

Pada pertandingan itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Putih yang mewakili daerah Kinta mengekalkan kejuaraannya buat kali kedua selepas menewaskan tujuh sekolah lain.

Pemenang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM2,000, plak dan sijil penyertaan. – BERNAMA

Tags: MRSM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bercadang mengemukakan cadangan kepada Menteri Kemajuan Desa...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd