• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imran Bentuk Kerajaan Campuran

oleh Ahmad Albab
29/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISLAMABAD – Parti Imran Khan berkata, pihaknya telah memulakan rundingan dengan parti-parti kecil dan bebas bagi membentuk kerajaan campuran.

Sementara itu, beberapa parti pencabar khususnya Parti Muslim Liga-Nawaz (PML-N) merancang mengadakan bantahan selepas mendakwa wujud peni­puan pengundian.

Imran yang memimpin Parti Tehreek-e-Insaf (PTI) menang 115 kerusi pada pilihan raya yang berlangsung Rabu lalu, kurang berbanding 137 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan majoriti mudah.

Parti telah mula menemui rakan yang berpotensi menyertai kerajaan campuran, menurut jurucakap PTI, Fawad Chaudhry.

“Kita ada menghubungi parti-parti kecil dan anggota bebas, mereka akan menemui ketua parti ma­sing-masing secepat mungkin di sini,” umum Fawad kelmarin sambil memberi­tahu pro­ses rundingan itu akan mengambil masa kira-kira 10 hari.

Kenyataan Fawad itu bagaimanapun disusuli pengumuman oleh parti saingan yang berikrar melancarkan gerakan bantahan, selepas pemerhati asing melahirkan kebimbangan mereka terhadap pilihan raya itu.

Lebih 12 parti yang menamakan mereka sebagai Persidangan Semua Parti (APC) berjanji membantah keputusan pilihan raya berkenaan.

Bagaimanapun, pendirian itu agak berbelah bahagi dengan sebilangan berjanji untuk memboikot Dewan Kebangsaan, manakala yang lain mendesak diadakan pengundian semula.

Parti PML-N mengumumkan menyokong kumpulan APC tetapi Parti Rakyat Pakistan (PPP) mene­gaskan bahawa meskipun mereka menolak keputusan pilihan raya tetapi tetap menyertai proses Parlimen.

Lewat petang kelmarin, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan pemerhati lain menyuarakan kebimbangan selepas tersebar dakwaan tentera menggunakan kuasa bagi menetapkan kemenangan Imran. – AFP/Kosmo Online

Tags: Imran KhanPalestin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd