• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iktiraf UEC Dedah Penipuan Besar PH

oleh Ahmad Albab
10/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANJANG beberapa tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, Pakatan Harapan mengecam Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa menjual negara kepada China.

Pelaburan langsung China di banyak tempat seluruh negara dikatakan penjajahan dan penyerahan kedaulatan negara kepada China.

Retorik yang menipu dan menakutkan rakyat ini menyumbang kepada kemenangan PH dalam pilihan raya yang lepas.

Rakyat menjangkakan kerajaan PH yang sangat kritis dengan pengaruh China ini akan lebih tegas dan melaksanakan dasar yang memelihara kedaulatan negara.

Malangnya, retorik anti-China itu hanyalah drama untuk menghasut rakyat membenci Najib dan kerajaan Barisan Nasional.

Sifat munafik ini terserlah apabila didedahkan sikap yang dahulu anti-China itu sekadar kempen anti-Najib dan bukan sebenarnya demi memelihara kedaulatan negara.

Pengiktirafan sijil peperiksaan sekolah Cina berdasarkan kurikulum asing UEC ialah bukti paling nyata sikap munafik ini.

Pengiktirafan UEC mungkin tidak melibatkan pelaburan infrastruktur berbilion dan menggemparkan seperti pelaburan infrastruktur China yang sering dimomokkan.

Tetapi pengiktirafan UEC berlandaskan bahasa Cina dan kurikulum negara asing ialah satu pencabulan terhadap identiti negara ini yang telah dinyatakan dalam perlembagaan.

Ia juga satu pengkhianatan terhadap pejuang awal negara yang menetapkan dasar-dasar pendidikan negara.

Pengiktirafan UEC akan mengubah landskap pendidikan negara apabila bahasa Melayu tidak lagi diletakkan sebagai syarat utama.

Kurikulum asing dari negara luar juga bermakna sistem dan syarat sedia ada seperti kelayakan kelulusan bahasa Melayu sebagai tidak relevan kerana boleh diatasi dengan syarat lain.

Pertubuhan pendidikan Cina sendiri telah dengan sombongnya mengatakan mereka tidak akan mengubah kurikulum UEC agar selaras atau mencapai tahap sistem pendidikan negara.

Kewujudan sekolah Cina sudahpun menjadi faktor yang menjejaskan perpaduan kaum apabila satu segmen masyarakat dididik dalam satu sistem yang asing.

Realitinya, sistem pendidikan Cina ini mewujudkan dan mengukuhkan satu sistem lain yang menyaingi arus perdana kehidupan masyarakat Malaysia.

Sistem pendidikan yang terasing inilah yang menyukarkan integrasi nasional dan hubungan harmoni anggota masyarakat berbilang kaum.

Kewujudan sistem pendidikan Cina ini terdiri daripada jaringan sekolah, pertubuhan dan parti-parti politik Cina yang menyokong satu sama lain.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan mereka tidak menghiraukan identiti negara, bahasa kebangsaan dan ketetapan-ketetapan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sudah berkali-kali menjelang pilihan raya kita dengar persatuan pendidikan Cina ini mengemukakan tuntutan melampau kepada kerajaan.

Matlamat mereka hanyalah kepentingan sempit mereka sendiri tanpa memandang langsung pada kontrak sosial yang telah membenarkan keberadaan mereka di negara Malaysia ini.

Pengiktirafan UEC yang mengancam keutuhan identiti negara kita ini telah membuktikan sikap hipokrit PH dalam isu kedaulatan negara.

Terbukti retorik mereka kononnya menentang “penjajahan China” hanyalah slogan palsu.

Selepas mendapat kuasa, perkara paling awal mereka lakukan ialah merobek asas negara ini dengan mengiktiraf sijil UEC. – Mynewshub.tv

Tags: pakatan harapanUEC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Maszlee Malik menafikan beliau merupakan calon Menteri Besar Johor...

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

13/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor membantah penambahan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan, sebaliknya mencadangkan Suruhanjaya Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd