• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hakim Baharu Akan Dengar Kes Najib

oleh
27/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa atas tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta dijangka didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi baharu.

Sumber daripada mahkamah hari ini mengesahkan bahawa Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak yang sebelum ini mendengar kes Najib akan ditukarkan ke Mahkamah Tinggi Sivil 10 bermula 1 Ogos ini.

“Ia adalah rutin biasa untuk seseorang Hakim ditukarkan ke mahkamah lain,” kata sumber.

Sumber lain berkata pula surat pertukaran itu telah ditandatangani Hakim Besar Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim awal minggu ini.

Difahamkan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dari Mahkamah Tinggi Dagang 1 akan menggantikan tempat Hakim Mohd Sofian di Mahkamah Jenayah 3.

Usaha media untuk menemui Mohd Sofian gagal kerana hakim itu sedang mendengar perbicaraan kes.

Pada 4 Julai, Najib, 65, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd Sofian atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Sebelum ini media melaporkan, Hakim Mohd Sofian perlu menarik diri daripada mendengar kes Najib atas alasan abang kepada Hakim Mohd Sofian mempunyai kedudukan dalam UMNO dan kerajaan Pahang.

Bagaimanapun pada 6 Julai lepas Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan media berkata pemilihan hakim Mohd Sofian untuk mendengar kes Najib dibuat secara rawak.

Kenyataan itu menyebut mulai 13 Jun 2017, pendaftaran kes jenayah di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah dilaksanakan secara dalam talian melalui Portal e-Filing Mahkamah (https://efs.kehakiman.gov.my).

Menurut kenyataan itu proses pendaftaran ini bermula apabila pihak Pendakwa Raya memfailkan kes mereka dalam sistem e-Filing dan sistem ini akan membahagikan kes secara rawak kepada hakim-hakim yang mengendalikan kes jenayah.

“Merujuk kepada kes Pendakwa Raya lwn Dato’ Sri Najib bin Haji Abd Razak yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Julai 2018, pendaftaran dan pembahagian kes telah dibuat secara rawak oleh sistem kepada Mahkamah Tinggi 3, Bahagian Jenayah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi 3 ialah Hakim Mohd Sofian.

Kes Najib ditetapkan pada 8 Ogos untuk sebutan dan pendengaran perintah halangan yang dimohon oleh Anggota Parlimen Pekan untuk menghalang media daripada menyiarkan perbincangan umum berkaitan merit kes itu dan bagi menetapkan tarikh perbicaraan kes itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakHakim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd