• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gara-Gara ‘Tayar Meletup’ Operasi Penerbangan Digantung

oleh
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DHAKA – Semua operasi penerbangan di lapangan terbang utama Bangladesh, Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, di ibu kota Dhaka terpaksa digantung selama beberapa jam selepas sebuah pesawat Thai Airways dari Bangkok berdepan insiden “tayar meletup” pada petang Selasa, lapor agensi berita China Xinhua.

“Semua operasi telah digantung selama beberapa jam mulai pukul 12.20 tengah hari (waktu tempatan) memandangkan pesawat terbabit berdepan insiden tayar meletup ketika mendarat,” menurut seorang pegawai lapangan terbang itu.

“Penerbangan TG321 Thai Airways telah melakukan pendaratan kecemasan pada kira-kira pukul 12.20 tengah hari waktu tempatan di tengah-tengah cuaca buruk,” kata pegawai itu yang enggan identitinya didedahkan.

“Sekurang-kurangnya empat tayar pesawat itu meletup ketika mendarat di atas landasan.”

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan susulan insiden itu.

Pesawat itu, yang membawa 145 orang, bagaimanapun telah terkandas di landasan tersebut.

Rakaman TV menunjukkan penumpang pesawat itu berada dalam keadaan resah. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Ada Yang Menyapa Dan Memanggil Saya YB” – Mukhlis Mubin

“Ada Yang Menyapa Dan Memanggil Saya YB” – Mukhlis Mubin

01/11/2026
0

MELAKA - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah berkongsi pengalaman ada...

‘Lagi Pandai, Lagi Kuat Menipu’ – PMX Anwar Tekankan Kepentingan Akhlak

‘Lagi Pandai, Lagi Kuat Menipu’ – PMX Anwar Tekankan Kepentingan Akhlak

01/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan memupuk nilai adab dan akhlak dalam kalangan anak-anak di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd