• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ganjaran Skuad Tok Gajah Sebelum Akhir Tahun

oleh Ahmad Albab
24/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pembayaran ganjaran kepada pasukan bola sepak Pahang yang menjuarai Piala FA 2018 akan dilaksanakan sebelum akhir tahun ini.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ia akan dilaksanakan kerana beliau sendiri yang menjanjikan pemberian ganjaran itu kepada pemain.

“Saya berjumpa dengan pemain dan pengurusan sehari sebelum perlawanan dan telah menyebut bahawa kerajaan negeri bercadang untuk memberikan sedikit ganjaran.

“Cuma ia diberikan mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri, iaitu seadanya dan akan dihulurkan sebelum hujung tahun,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Wan Rosdy menjawab soalan tambahan Datuk Khairuddin Mahmud (BN-Pulau Manis) yang ingin tahu jika kerajaan negeri akan memberikan insentif kepada pasukan Tok Gajah yang menjuarai Piala FA selepas menewaskan Selangor di Stadium Bukit Jalil pada 7 Julai lalu.

Sementara itu, menjawab soalan Lee Chin Chen (DAP-Bilut), Wan Rosdy memaklumkan bahawa terdapat 37 buah sekolah di Pahang yang disenaraikan sebagai ‘sekolah hot spot’ oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

“Saya dimaklumkan bahawa sekolah tersebut disenaraikan kerana mempunyai masalah disiplin, iaitu 30 buah sekolah mempunyai masalah disiplin manakala tujuh lagi mempunyai masalah disiplin dan dadah,” katanya.

Wan Rosdy menambah antara tindakan untuk mengatasi mengatasi masalah disiplin di sekolah adalah dengan melaksanakan program pegawai perhubungan sekolah dan program ‘Back to School’ melibatkan pegawai polis yang berjaya memberi motivasi kepada pelajar. – BERNAMA

Tags: Piala FASkuad Tok Gajah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

‘Hari Ini Bukan Hari Untuk Kita Pulang Ke Rumah Dengan Kepala Kita Ke Bawah’

25/08/2024
0

KUALA LUMPUR: Kata-kata semangat Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi 'azimat' yang membawa...

JDT Pertahan Piala FA

JDT Pertahan Piala FA

22/07/2023
0

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum memastikan Piala FA berjaya dipertahankan buat dua musim berturut-turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd