• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA Kedah Sedia Bantu Jika Terjadi Lambakan Durian

oleh Ahmad Albab
21/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kedah bersedia membantu memproses buah durian serta buah bermusim lain, sekiranya berlaku masalah lambakan tahun ini.

Pengarahnya Anuar Mohamed berkata walaupun masih belum menerima sebarang laporan berhubung isu tersebut, pihaknya tetap mengambil langkah persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan memandangkan pengeluaran buah-buahan terutama durian pada tahun ini sangat menggalakkan.

Beliau berkata terdapat beberapa kilang seperti di Perlis, Perak dan Pahang akan membantu FAMA memproses buah-buahan tersebut menjadi produk yang mampu memberi pulangan tinggi untuk petani sekiranya timbul isu lambakan.

“Buah durian misalnya, kita boleh proses menjadi pes seperti ais krim atau sekiranya ia daripada gred rendah, kita akan jadikan tempoyak. Setakat ini, pes dan tempoyak memang mendapat permintaan tinggi,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program My Best Buy dan Jimat Belanja di Pasar Tani Kekal di sini hari ini.

Buat masa ini, beliau berkata pihaknya sudah memantau semua kawasan pengeluaran durian berpotensi tinggi seperti di Bandar Baharu, Sedim dan Junjong serta apa yang berlaku cumalah harga jualan sangat rendah berbanding tahun-tahun lalu.

Ini termasuklah durian gred premium yang dijual pada harga lebih murah iaitu sekitar RM40 sekilogram bagi Musang King dan Duri Hitam RM60 sekilogram manakala durian kampung dijual sekitar RM5 sekilogram, katanya.

Faktor cuaca iaitu suhu antara 27 hingga 35 darjah Celsius dikenal pasti sebagai punca pengeluaran buah durian di Malaysia meningkat tiga kali ganda kepada 180 juta kilogram pada tahun ini. – BERNAMA

Tags: Buah DurianFAMA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd