• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lelaki Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM462,000

oleh
25/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis menumpaskan satu sindiket memproses dan mengedar dadah apabila menahan dua lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM462,000 dalam serbuan di sebuah rumah teres tiga tingkat di Taman Seri Segar, Butterworth dekat sini Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Roslee Chik berkata sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri menyerbu rumah yang turut dijadikan makmal memproses dadah itu pada pukul 4.45 petang dan menahan dua sahabat berusia 42 dan 51 tahun itu.

“Serbuan itu dibuat hasil risikan sejak seminggu lepas dan hasil pemeriksaan polis menemui pelbagai jenis dadah dalam rumah yang sewa sindiket berkenaan antaranya ketamin seberat 8.1kg dan pil eramin 5 sebanyak 4,000 biji.

“Selain itu, kami turut merampas serbuk kafein seberat 25.6kg, heroin (0.107kg), syabu (0.51kg) dan pelbagai cecair kimia serta peralatan untuk memproses dadah di rumah berkenaan. Semua dadah itu bernilai RM462,000,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, dua lelaki terbabit menjadikan rumah itu sebagai tempat memproses dadah sejak sebulan lepas dan mereka dipercayai mempunyai kepakaran untuk memasak bahan itu.

Roslee berkata sindiket terbabit juga dipercayai berpindah randah dengan menyewa rumah dari satu kawasan ke kawasan lain di negeri ini untuk memproses dadah bagi mengelak dikesan polis.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, sindiket itu mendapatkan bekalan untuk membuat dadah daripada negara jiran sebelum memprosesnya semula dan semua dadah yang dirampas itu adalah untuk pasaran di Pulau Pinang.

“Dalam serbuan itu, kami turut menyita wang tunai sebanyak RM2,500, sebuah kereta Honda Accord, tiga motosikal…semuanya bernilai RM20,280. Polis juga sedang mengesan beberapa lagi anggota sindiket memproses dan mengedar dadah terbabit,” katanya.

Beliau berkata dua lelaki yang tidak bekerja dan masing-masing mempunyai 12 serta tiga rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah itu direman sehingga 30 Julai ini bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd