Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Nelayan Dibebas Terhutang Budi...

SEPANG – Nelayan dari Malaysia yang tiba di tanah air hari ini, setelah...

Mangsa Banjir Di Kedah...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah sehingga pukul 3 petang...

SPRM Pantau Rapi Politik...

IPOH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau rapi perkembangan politik semasa tanah...

Tebusan Israel Pegang Baju...

GAZA - Tiga tebusan Israel yang tersilap dibunuh oleh tentera zionis itu di...

Dr Nungsari, Pengerusi Eksekutif Mavcom Baharu

PUTRAJAYA – Anggota Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) Dr Nungsari Ahmad Radhi dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif suruhanjaya itu berkuatkuasa hari ini, menggantikan Tan Sri Jen (B) Abdullah Ahmad yang meletak jawatan baru-baru ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook ketika mengumumkan pelantikan itu turut menyatakan elaun baharu pengerusi eksekutif Mavcom itu adalah sebanyak RM15,000 sebulan, seiring dengan dasar ketelusan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, jumlah elaun itu adalah sama seperti yang diberikan kepada Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Kita sama ratakan (elaun pengerusi) dua badan ini yang kedua-duanya berhubung kait dengan penerbangan awam. Ini satu dasar baharu kita streamline elaun pengerusi-pengerusi badan berkanun,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Jumlah elaun pengerusi eksekutif Mavcom menjadi isu sebelum ini apabila Loke mendedahkan Abdullah menerima sebanyak RM85,000 sebulan

Loke pada 6 Julai lepas dilaporkan sebagai berkata, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi arahan supaya gaji itu disemak semula.


Mengenai pelantikan Nungsari, katanya beliau yakin pemegang ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Ekonomi dari Purdue University, Amerika Syarikat itu mampu menggalas tugas melalui pengalamannya sebagai anggota Mavcom, selain pernah menjadi anggota parlimen Balik Pulau dari 1995 hingga 1999.

“Sudah tentu banyak isu terkini yang perlu dikendalikan Mavcom termasuk yang dibangkitkan di Parlimen dua hari lepas berkenaan kawalan harga tiket domestik dan penerbangan awam luar bandar yang perlu ditangani secepat mungkin,” kata Loke.

Dalam pada itu, Nungsari melahirkan penghargaan kepada kerajaan atas pelantikan itu dan berikrar akan meneruskan usaha Mavcom memainkan peranan dalam industri penerbangan awam dengan lebih baik. – BERNAMA

Kategori