Monday, October 2, 2023

Creating liberating content

2 Rakan Didakwa Merompak...

KUALA LUMPUR – Dua rakan dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

Lima Maut Ditembak Militan...

RIYADH - Seorang lelaki menembak mati lima orang di satu perhimpunan Syiah di...

Polis Tumpas Sindiket ‘Love...

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia menumpaskan 38 sindiket ‘Love Scam’ dengan rangkaian...

Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan...

PUTRAJAYA: Permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memasukkan bukti dan...

Di Sebalik Kisah Hidup Santai Tun M

KUALA LUMPUR – Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mendedahkan sesuatu yang memang dijangkakan kebanyakan orang selama ini bahawa suaminya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang yang taksub dengan kerja atau dipanggil ‘workaholic’.

Ditanya mengenai “kelemahan” suaminya semasa temu bual dalam suasana penuh berseloroh pada program terbitan Astro bersempena ulang tahun ke-93 kelahiran Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah terus mengetahui jawapannya.

“Kerja tiap hari, saban hari, kadang-kadang lupakan saya dekat rumah… tapi itu tugas dia dan saya perlulah terima pengorbanan untuk menjalankan tugas-tugasnya, tanggungjawabnya untuk bangsa dan negara,” kata Dr Siti Hasmah dalam temu bual dikendali oleh Kashika Selvam, seorang daripada bintang kanak-kanak dari program Ceria Popstar Astro.

Bila ditanya oleh Kashika berusia 10 tahun itu apa yang beliau paling suka tentang Dr Siti Hasmah, perdana menteri berkata, “Susah nak fikirlah”.

Tetapi beliau akhirnya bercakap tentang isterinya: “…Perkara paling baik dia tak kacau saya. Kerana (walaupun) saya ni selalu keluar, selalu ada kerja, tak cukup masa untuk famili, untuk anak, tapi (dia) tak ada komplen,” kata beliau.

Dr Mahathir turut ditanya tentang perkara “craziest” (yang paling gila) beliau pernah lakukan.

“Mengahwini saya!”, kata Dr Siti Hasmah sambil kedua-dua mereka ketawa berdekah.


Ikatan akrab antara pasangan itu begitu ketara bila Dr Mahathir berkata beliau cukup senang bila isterinya berada di sampingnya ke mana beliau pergi.

“Kalau bolehlah, kalau kita pi mana-mana kita pi berdua, mana saya pergi Tun Siti ikut”.

Kemuncak acara yang manis muncul bila Kashika memujuk Dr Siti Hasmah mencium suaminya.

Pada mulanya, Dr Mahathir agak malu, namun akhirnya memberi sentuhan ke pipi isteri tersayang. – BERNAMA

Kategori