• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuepacs Harap Cadangan Penubuhan Taska Jadi Kenyataan

oleh
25/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap cadangan penubuhan taman asuhan kanak-kanak (Taska) di premis agensi kerajaan akan menjadi kenyataan tahun depan.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata Cuepacs berpendapat penubuhan Taska penting memandangkan 60 peratus penjawat awam adalah wanita.

“Kebanyakan wanita lebih ingin berada dekat dengan anak kecil mereka dan sekiranya Taska disediakan berhampiran tempat kerja mereka, maka mereka boleh memberi fokus terhadap kerja rutin masing-masing serta meningkatkan produktiviti,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri taklimat prapersaraan untuk penjawat awam Labuan di sini hari ini.

Beliau berkata dasar kerajaan yang mahukan semua agensi kerajaan menubuhkan Taska bermula 1 Januari 2019 akan memberi manfaat kepada penjawat awam wanita di seluruh negara.

“Kami berharap pihak berkuasa tempatan berkenaan, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat akan membantu usaha menubuhkan taman itu dengan memberi kelonggaran berkaitan undang-undang dan dasar tertentu, tanpa mengorbankan aspek keselamatan,” katanya.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyasarkan semua agensi kerajaan yang mempunyai petugas bekerja secara syif menubuhkan Taska di tempat masing-masing pada January 2019.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata kementerian itu akan berganding bahu dengan Kementerian Pendidikan dalam menyediakan kemudahan untuk guru yang berkhidmat di tempat berkenaan.

Beliau berkata kerajaan menyediakan pelbagai insentif bagi menggalakkan penubuhan Taska di tempat kerja, termasuk peruntukan RM180 sebulan sebagai yuran penjagaan kanak-kanak bagi setiap kanak-kanak melibatkan pegawai dengan pendapatan isi rumah tidak lebih RM5,000 sebulan. – BERNAMA

Tags: Cuepacstaska
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

‘Penjawat Awam Perlu Berkecuali, Jangan Sertai Perhimpunan Boleh Jejas Kepercayaan Rakyat’ – CUEPACS

‘Penjawat Awam Perlu Berkecuali, Jangan Sertai Perhimpunan Boleh Jejas Kepercayaan Rakyat’ – CUEPACS

21/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua penjawat awam digesa mengekalkan prinsip berkecuali dan tidak terbabit dalam sebarang perhimpunan atau tindakan yang boleh menjejaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd