• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Ketepi 2 Acara Besar Kerana Isu Kesihatan

oleh
25/07/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak akan menyertai Kejohanan Dunia BWF di Nanjing, China pada hujung bulan ini dan Sukan Asia Jakarta-Palembang bulan depan, disebabkan masalah kesihatan.

Dalam satu kenyataan di sini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata Chong Wei telah dinasihatkan oleh doktornya agar berehat dan menjalani rawatan selepas mengalami masalah berkaitan respiratori.

“Buat masa ini beliau tidak boleh melakukan kegiatan fizikal intensif sekurang-kurangnya selama sebulan, justeru kami terpaksa menarik balik penyertaan beliau dalam Kejohanan Dunia BWF dan juga Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018,” demikian menurut kenyataan itu.

Kejohanan Dunia BWF dijadualkan dari 30 Julai hingga 5 Ogos manakala Sukan Asia Jakarta-Palembang pula dari 19 hingga 28 Ogos ini.

BAM seterusnya meminta masyarakat dan juga media agar memberi ruang kepada Chong Wei dan keluarganya dalam tempoh pemulihan beliau.

“Kami mendoakan agar beliau cepat sembuh dan kembali ke Akademi Badminton Malaysia (ABM),” kata BAM.

Beberapa media sebelum ini melaporkan bekas pemain nombor satu dunia itu tidak menyertai latihan bersama-sama pemain lain di ABM minggu ini, sekali gus menimbulkan keraguan tentang penyertaan beliau dalam kejohanan dunia tersebut dan juga Sukan Asia.

Untuk rekod, pencapaian terbaik Chong Wei pada kejohanan dunia ialah pingat perak yang diraihnya sebanyak tiga kali iaitu pada 2011, 2013 dan 2015 manakala pada edisi 2005 beliau memenangi pingat gangsa.

Bagi Sukan Asia pula, pencapaian terbaik pemenang pingat perak Olimpik sebanyak tiga itu ialah pingat perak dalam acara perseorangan lelaki pada edisi 2010 manakala pada temasya 2006 dan 2014 beliau meraih pingat gangsa. – BERNAMA

Tags: Lee Chong Wei
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd