• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon PKR ‘Tak Goyang’ Jika BN Kerjasama PAS

oleh
23/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni ‘tidak goyang’ sekiranya BN dan PAS bekerjasama dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Sebaliknya, beliau yakin lebih 7,000 pengundi yang menyokong PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan beralih kepada PKR dalam pilihan raya kecil, 4 Ogos ini.

“BN ajak PAS berkempen sama, itu hak mereka, tetapi saya yakin lebih 7,000 pengundi PAS akan undi saya sebab mereka inginkan pemimpin yang mempunyai pemikiran Islam dan sahsiah yang baik untuk menjadi ketua mereka,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perancangan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam untuk mengajak PAS berkempen bersama-sama BN untuk PRK itu.

Mengenai kenyataan PAS bahawa Pakatan Harapan (PH) perlu ditewaskan berikutan sikap pentadbiran PH yang membuka jalan kepada banyak isu mempersendakan Islam, Mohd Zawawi menegaskan pendekatan pakatan dalam isu agama adalah berbeza daripada parti Islam itu.

“Kebetulan saya sebagai Setiausaha Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) PKR Pusat, kami selalu berbincang bagaimana untuk tampilkan Islam yang wasatiyah, lebih moderate dan lebih mudah diterima seluruh masyarakat di Malaysia.

“Contohnya, isu RUU 355 (Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016) bagaimana PAS tekankan pelaksanaannya. Kita bersetuju tetapi pelaksanaan itu bukan segera kerana kita lihat perlunya selesaikan dulu basic needs (keperluan asas) manusia, kita perlu sediakan kehidupan sejahtera supaya rakyat tidak lagi terlibat dengan jenayah bila pendapatan sudah mencukupi,” katanya.

Mohd Zawawi dalam pada itu optimis bahawa pihaknya akan dapat mengekalkan kemenangan di DUN Sungai Kandis pada pilihan raya kecil ini, malah dengan majoriti undi lebih besar.

“Kami yakin berdasarkan kajian dan maklumbalas, mandat akan diteruskan (di DUN Sungai Kandis),” katanya.

Selain Lokman, Mohd Zawawi bakal ditentang calon Bebas, K. Murthy pada PRK itu yang diadakan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Pada PRU14, Mat Shuhaimi yang mewakili PKR mempertahankan kerusi DUN Sungai Kandis (dahulu Sri Muda) untuk penggal ketiga berturut-turut dengan memperoleh majoriti undi 12,480 menewaskan calon BN, PAS dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). – BERNAMA

Tags: PKRPRK Sungai Kandis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

21/05/2026
0

MELAKA - Seorang pemimpin cabang Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri menegaskan beliau akan kekal menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri...

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd