• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Kongsi Untung Ganti Royalti Minyak Ditentang

oleh Haris
21/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CADANGAN Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar perkongsian keuntungan menggantikan peratus produksi tidak dipersetujui rata-rata pemimpin negeri pengeluar minyak.

Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata cadangan itu perlu dikaji dengan mendalam terlebih dahulu kerana boleh merugikan kerajaan negeri sekiranya jumlah kurang daripada royalti seperti yang dijanjikan.

“Bagaimanapun jika perdana menteri umum untuk beri royalti 20 peratus berdasarkan keuntungan syarikat pengeluar minyak mengikut negeri, agihan hasil boleh jadi kurang atau lebih daripada yang kita kira sebelum ini.

“Oleh itu, sebelum membuat sebarang keputusan, kita akan tengok dengan lebih jelas lagi mana yang akan mendatangkan keuntungan kepada Terengganu,” katanya.

Pada persidangan Dewan Rakyat 19 Julai lepas, Mahathir berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited merealisasikan janjinya yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14, termasuk pemberian royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar petroleum di negara ini.

Kemudian, perdana menteri mengubah pendirian apabila mengatakan perkongsian keuntungan mungkin akan menggantikan royalti yang menjadi amalan selama ini.

Terengganu selepas dimenangi PAS dalam pilihan raya umum pada tahun 1999 telah dinafikan royalti minyak oleh kerajaan persekutuan yang perdana menterinya masa itu ialah Mahathir sendiri.

Di Sarawak, naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Karim Abdul Rahman Hamzah berkata kenyataan Mahathir yang 20 peratus yang akan diberikan pada kerajaan negeri pengeluar minyak akan datang dari kiraan perkongsian untung ditentang rakyat kedua-dua negeri Sarawak dan Sabah.

“Royalti ialah bayaran diserahkan kepada pemilik sah manakala keuntungan ialah manfaat kewangan yang diperolehi apabila hasil daripada aktiviti perniagaan melebihi perbelanjaan, kos produksi dan cukai.

“Dalam hal ini, Mahathir hanya cuba memujuk negeri-negeri pengeluar minyak bila menggunakan istilah royalti dan kemudian mengatakan jumlah itu bertambah dengan 20 peratus keuntungan,” katanya.

Menurutnya, janji manifesto Pakatan Harapan ialah 20 peratus royalti dan bukan 5 peratus seperti yang berjalan sekarang, dan 20 peratus itu sepatutnya daripada nilai produksi dan bukan keuntungan.

Di Sabah, Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal pula berkata akan berjumpa dengan perdana menteri untuk membincangkan cadangan itu.

Beliau mengatakan janji 20 peratus royalti sudah dinyatakan dalam manifesto PH, memberi gambaran beliau tidak bersetuju dengan cadangan lain yang boleh mengurangkan pembayaran kepada kerajaan negeri. – Mynewshub.tv

Tags: royalti minyakSabahsarawakTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd