• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Tak Tolak IPCMC Tapi Mahu Hak Polis Dalam Perlembagaan Dikekal

oleh
15/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini berkata pihaknya tidak menolak pelaksanaan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) tetapi akan tegas mempertahankan hak anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagaimana termaktub dalam perlembagaan.

Beliau berkata sekiranya kerajaan ingin melaksanakan IPCMC, ia (kerajaan) perlu memastikan polis mempunyai hak seperti mana dalam perlembagaan, ketika perbicaraan.

“Jika ia (hak polis) dibenarkan, barulah ia (IPCMC) boleh dilaksanakan seperti yang dirancang dalam Manifesto Pakatan Harapan ketika pilihan raya umum lepas,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Agung Persatuan Pegawai Kanan dan Persatuan Pegawai Rendah PDRM, di sini hari ini.

“Kita telah maklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan mengenai perkara ini untuk pertimbangan mereka,” katanya.

IPCMC adalah badan pengawasan polis yang pertama kali dicadangkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja Untuk Menambah Baik Pasukan Polis pada 2005, yang akan berfungsi sebagai organisasi pengawasan bebas dan luaran untuk menyiasat aduan terhadap anggota polis.

Mengenai tuntutan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pegawai dan anggota, Mohamad Fuzi berkata keputusannya itu bukanlah bermaksud sengaja mengetepikan bahasa Malaysia sebaliknya ia adalah penambahbaikan kerana urusan rasmi termasuk surat-menyurat masih mengekalkan Bahasa Kebangsaan.

“Kebanyakan pegawai kita akan menghadiri kursus di luar negara, jadi adalah wajar mereka menghadiri kursus bahasa Inggeris sebagaimana yang disarankan kerajaan dan ia adalah wajar untuk menambah baik pasukan PDRM,” kata beliau.

Sementara itu Mohamad Fuzi berkata PDRM menghadapi kekangan kewangan untuk menjalankan tugas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Selangor, baru-baru ini dan terpaksa menggunakan peruntukan sedia ada.

Katanya, pihaknya menjangka bakal menghadapi situasi serupa bagi dua lagi PRK, iaitu masing-masing di DUN Balakong dan Sri Setia, Selangor yang akan berlangsung serentak. SPR menetapkan 18 Ogos ini sebagai hari penamaan calon dan 8 Sept sebagai hari pengundian.

Mohamad Fuzi berkata kekangan itu mungkin sedikit-sebanyak menjejaskan perancangan operasi PDRM namun anggotanya tetap akan menjalankan tugas seperti biasa demi keselamatan negara.

Antara masalah yang diajukan pada persidangan itu ialah keadaan anggota polis yang terpaksa berkhidmat di balai yang masih beroperasi dalam kontena dan rumah kedai serta kemudahan pejabat yang semakin uzur.

Pada majlis itu juga Mohamad Fuzi menyampaikan anugerah Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada 131 orang pegawai dan anggota polis dari seluruh negara yang telah berkhidmat lebih 30 tahun serta pernah berdepan ancaman pengganas komunis. – BERNAMA

Tags: Fuzi Harun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syarikat Judi Taja Lawatan Kerja KPN Ke Turki

13/02/2019
0

PUTRAJAYA - Syarikat perjudian, Da Ma Cai yang menaja rombongan lawatan kerja diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi...

Abu Bakar Bashir Akan Dipantau Rapi – KPN

29/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Ulama radikal Indonesia, Abu Bakar Bashir akan dipantau rapi Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman jika beliau dibebaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd