• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bukannya Teh Cina, Tetapi…’

oleh Cj Mnh
27/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAKTIK lelaki menyembunyikan dadah bernilai RM310,000 di ruangan tersembunyi di dalam kereta mewahnya dibongkar polis yang memeriksa kenderaan itu, Isnin lalu.

Dalam pemeriksaan kira-kira jam 6 petang itu, Bahagian Siasatan Narkotik dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak menemui dadah yang disembunyikan dalam ruangan rahsia antara tempat duduk belakang dan but.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, anggota yang memeriksa kereta mewah itu pada mulanya menyiasat kes peras ugut membabitkan suspek yang berlaku di Bukit Gambir, dekat sini, dua minggu lalu.

“Suspek ditahan di Johor Bahru dalam serbuan di Danga Bay dan sudah direman di sana namun lelaki itu dan kereta mewahnya dipindahkan ke IPD Tangkak untuk siasatan lanjut kes peras ugut yang dilaporkan di Bukit Gambir.

“Namun Isnin lalu, apabila anggota IPD Tangkak membuat pemeriksaan lanjut dan teliti pada kereta Volkswagen Passat suspek, kami menemui ruangan rahsia dan apabila diumpil terdapat bungkusan plastik hitam dan kotak mengandungi dadah.

“Pemeriksaan lanjut mendapati plastik hitam itu memuatkan enam paket syabu yang dibungkus dalam bungkusan teh Cina seberat 7.03 kilogram, manakala kotak berkenaan mengandungi dadah jenis ketamin (3 gram) dan tujuh pil ekstasi (2 gram).

“Kesemua dadah berkenaan bernilai RM310,000 manakala kereta mewah berkenaan RM80,000. Suspek berusia 43 tahun itu direman mulai hari ini sehingga Selasa ini,” katanya, pada sidang media.

Mohad Idris berkata, siasatan lanjut mendapati suspek yang sudah berkahwin itu mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan dadah dan senjata api.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya. – MyMetro

Tags: dadahteh cina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd