Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

SPRM Perlu Menjerit Ke...

DATUK Azam Baki terus mempromosi budaya berani dalam menentang rasuah. Sebagai Timbalan Ketua...

PLUS Belanja RM1b Pada...

KUALA LUMPUR – PLUS Expressways Bhd membelanjakan RM1 bilion pada 2016 untuk menyelenggara...

Status FB Biadap: Melayu...

TINDAKAN Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen, mempersoalkan tentang khutbah Jumaat dalam satu...

1MDB: SPRM Bekerjasama Dengan...

KOTA BHARU - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu...

Buang Tatu Dengan Bayar Baca Al-Quran

UNIK… Seorang pakar pembuangan tatu di Indonesia, Sandi Widodo, mengendalikan bisnes khas penghapusan tatu pada harga yang cukup rendah iaitu 150,000 rupiah (kira-kira RM60).

Namun, ada syaratnya. Pelanggan beragama Islam yang ingin membuang tatu di tubuh badan mereka di kedai Widodo di Jakarta perlu membaca 50 ayat Al-Qur’an daripada ingatan sendiri dan kemudian bertaubat.

Itu bayaran yang dianggap agak kecil bagi Riki Irawan yang berharap dengan memadamkan langsung tiga tatu di anggota badannya itu, ia diharap dapat membawa dirinya untuk lebih dekat kepada ajaran Allah SWT.

Tetapi beliau ada satu lagi sebab kenapa buang tatu – ibu bapa tunangnya secara kebetulan ada terlihat tatu di tubuhnya dan tidak izinkan berkahwin dengan anak perempuan mereka selagi beliau masih lagi bertatu.

“Keseronokan mempunyai tatu hanya sementara sahaja,” kata Irawan, 31 tahun; sambil memberitahu agensi berita antarabangsa AFP bahawa: “Ia hanya untuk beberapa minggu dan selepas itu hidup anda pu mula musnah.”

Irawan bukanlah satu-satunya pelanggan Muslim yang berasa menyesal kerana tubuh mereka mempunyai corak tatu, memandangkan ada lebih 1,000 orang lagi dalam senarai menunggu rawatan di klinik Widodo.

Meskipun stigma negatif mengenai tatu di tubuh sudah pudar di negara-negara Barat, tatu masih sering dikaitkan dengan masalah jenayah samseng jalanan dan akhlak yang buruk di beberapa buah negara Asia.

“Saya tidak selesa jejak kaki ke masjid,” kata Widodo, yang masih mempunyai tatu di bahagian tepi mukanya yang sedang pudar dan menambah: “Saya cuba berkelakuan seperti biasa tetapi orang ramai perhatikan saya.”

Kerjaya Widodo kini jauh berbeza daripada kehidupannya dahulu sebagai pencacah tatu yang pernah berjaya di Bali, pulau peranginan popular di mana ramai lelaki tempatan mempunyai tatu dan hal itu tidak dipandang serong.


Pelanggannya yang ingin memiliki tatu meminta bermacam-macam rekaan daripada nama saudara-mara hingga ke rekaan dari berkurun-kurun lalu tetapi masih digunakan kaum orang asli di kepulauan Asia Tenggara.

Namun bagi Widodo, titik peralihan kemudian muncul apabila beliau tanpa disangka mula mendampingi ilmu agama dan memutuskan untuk terus menutup perniagaannya di pulau majoriti penganut Hindu itu.

“Tatu lazim dikaitkan dengan perkara negatif seperti dadah dan berpesta-pesta,” kata Widodo. Ia turut dipersetujui Huzaemah Tahido, pegawai Majlis Ulama Indonesia dan menegaskan: “Tatu tidak dibenarkan dalam Islam.

“Ini kerana anda bukan sahaja menzalimi diri anda, tetapi ia juga mengubah ciptaan Tuhan. Jika boleh, buang tatu dan bertaubat. Jika anda tidak dapat buang tatu kerana terlalu sakit, biarkan sahaja tetapi anda tetap harus taubat.”

Bagi indvidu termasuk bukan Islam yang menyesal dan serik dengan kewujudan tatu di tubuh mereka, sebenarnya memang terdapat banyak klinik di seluruh Indonesia yang menawarkan beraneka khidmat pembuangan tatu.

Tetapi kebanyakan klinik mengenakan caj mahal cecah ratusan ribu rupiah bagi rawatan berulang supaya ia dapat dihilangkan sepenuhnya. Ramai rakyat biasa di Indonesia tidak mampu untuk bayar harga sedemikian.

Lantas, kedai-kedai pembuangan tatu yang lebih murah dibuka sejak beberapa tahun yang lalu, termasuk satu khidmat di Surabaya yang juga memerlukan pelanggan membaca ayat-ayat Al-Qur’an. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori