• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berkas Jho Low: PDRM Tunggu Respons Macau

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu respons pihak berkuasa Macau bagi memberkas ahli perniagaan kontroversi yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jho Taek Low atau lebih dikenali Jho Low yang dipercayai berada di sana.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata beliau difahamkan ahli perniagaan itu telah melarikan diri dari Hong Kong ke Macau dengan menaiki feri.

“Sebelum ini, kita telah menghantar pasukan ke Hong Kong bagi menjejaki Jho Low setelah dimaklumkan oleh pihak berkuasa di sana, namun apabila tiba di sana, suspek telah melarikan diri menuju ke Macau melalui jalan laut.

“Bagaimanapun, kita telah menghantar permohonan rasmi ke Macau berikutan kes ini. Kita juga telah menghantar notis merah bagi memohon bantuan negara-negara lain seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Indonesia, India, Myanmar, China, Hong Kong melalui Polis Antarabangsa (Interpol) dan Taiwan melalui saluran diplomatik.

“Sekarang, kita perlu menunggu respons daripada Macau bagi membolehkan kita mengambil tindakan dalam memburu Jho Low,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-83, Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) di sini, hari ini.

Mesyuarat Itu bagi membincangkan prestasi kewangan terkini koperasi berkenaan.

Pada 5 Julai lepas, polis mengesahkan Jho Low yang sedang diburu berhubung siasatan skandal 1MDB sudah melarikan diri ke Macau.

Pada 15 Jun lepas, Jabatan Imigresen telah membatalkan pasport milik ahli perniagaan itu atas permohonan SPRM berikutan Jho Low diperlukan bagi membantu siasatan skandal itu. – BERNAMA

Tags: Jho Lowpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd