Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Datuk Tan Sepatutnya Sambut...

AHLI perniagaan dari kedah, Datuk Tan Huat Seang yang turut terkorban dalam nahas helikopter...

MA63: J/K Pemandu Diketuai...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew View Keong hari...

Pesta Pelancongan AirAsia Akan...

KUALA LUMPUR - Pesta Pelancongan AirAsia  (AATF) 2017, yang merupakan acara tahunan syarikat penerbangan...

Pekerja Kilang Perabut Dijumpai...

PASIR PUTEH - Seorang pekerja kilang perabut Mohd Suhaimi Abdul Hadi, 47, yang...

Bayi Lelaki 17 Bulan Disahkan Mangsa Pertama HFMD

SEBERANG PERAI – Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kematian seorang bayi lelaki berusia 17 bulan di negeri ini pada 6 Jun lalu merupakan mangsa pertama yang disebabkan oleh penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Timbalan Menterinya, Dr. Lee Boon Chye berkata, mangsa telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Bayan Lepas dekat sini pada 3 Jun lalu sebelum meninggal dunia.

Menurutnya, perbincangan oleh pakar-pakar perubatan telah mengesahkan bahawa kematian bayi berkenaan adalah disebabkan oleh jangkitan paru-paru akibat komplikasi virus EV71 yang menyebabkan penyakit HFMD.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Lawatan Rasmi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Abdul Rahman Abbas di Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini sebentar tadi. – K! ONLINE 

Kategori