• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi ‘Ajaib’ Terkeluar Dari Rahim Ibu Impak Kemalangan

oleh Ahmad Albab
29/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG bayi terselamat selepas terkeluar dari rahim ibunya yang koyak akibat impak kemalangan jalan raya mengerikan.

Ibu bayi tersebut merupakan seorang penumpang dalam sebuah trak membawa muatan papan kayu yang terlibat kemalangan dekat Cajati, tenggara Brazil.

Apabila trak itu terbalik, mangsa tercampak keluar sebelum dilanggar sebuah trak lain dia atas jalan raya mengakibatkan perutnya koyak.

Pasukan kecemasan menjumpai mayat wanita hamil itu di bawah timbunan papan kayu di atas jalan raya.

Mereka bagaimanapun dikejutkan dengan bunyi tangisan bayi yang ditemui terbaring di atas rumput beberapa meter dari lokasi insiden.

Bayi itu yang tali pusatnya terputus impak daripada kemalangan itu dilaporkan sihat dan tidak mengalami sebarang kesan calar.

Bayi tersebut ditemui terbaring di atas rumput.

Dia kini sedang dirawat di sebuah hospital dekat daerah Pariquera-Acu.

Polis sedang berusaha mengenal pasti identiti ibu bayi tersebut yang didapati hamil 39 minggu dengan tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

“Ia adalah kemalangan ngeri dengan seorang dilaporkan maut.

“Apabila saya tiba di sana, saya lihat pemandu trak cedera parah.

“Saya kemudian menjumpai mayat wanita di bawah timbunan papan kayu sebelum terdengar bunyi tangisan bayi.

“Saya amat terkejut kerana bayi itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata jurucakap paramedik, Elton Fernando Barbosa.

Dia menjumpai bayi tersebut beberapa meter dari ibunya dan segera menghubungi ambulans supaya membawanya ke hospital.

“Bayi itu terkeluar dari rahim ibunya akibat kemalangan tersebut. Impak kemalangan itu amat serius sehingga bayi itu terkeluar sendiri dari rahim ibunya.

“Dia (bayi) sempurna, sihat dan tiada kesan calar. Ia satu keajaiban dia selamat.

“Semuanya kuasa Tuhan. Saya tiada idea bagaimana bayi itu boleh keluar dengan selamat semasa kemalangan tersebut,” katanya. – mStar Online

Tags: bayikemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd