• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantu Mak Nyah Beralih Ke Persekitaran Kerja Sihat

oleh
23/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Golongan ‘mak nyah’ boleh diselamatkan daripada terus hanyut dalam pekerjaan tidak bermoral dengan membuka peluang pekerjaan lain kepada mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Oleh itu, majikan di negara ini perlu menerima golongan ‘mak nyah’ bekerja di mana-mana syarikat atau organisasi mereka, katanya.

Masyarakat juga perlu sedar dan menerima hakikat bahawa golongan ‘mak nyah’ juga mempunyai keperluan untuk menyara hidup dan sudah tentulah memerlukan pekerjaan.

“Kenapa saya gesa majikan, sebab saya tidak mahu golongan ini beri alasan tidak dapat tempat untuk bekerja dan seterusnya memaksa mereka memilih bekerja secara tidak bermoral. Kita mesti tahu mak nyah juga ada yang berpendidikan serta kelulusan.

“Dan tidak dinafikan ada juga yang tidak ada kelayakan seterusnya menjadi mangsa eksploitasi kegiatan tidak bermoral,” katanya kepada Bernama di lobi Parlimen, hari ini.

Statistik menunjukkan 80 peratus golongan mak nyah di negara ini terbabit dalam industri seks dan ini satu perkembangan yang tidak sihat, katanya.

Mujahid berkata langkah pertama bagi membantu migrasi golongan ini ke persekitaran kerja yang lebih sihat dan normal adalah mereka tidak harus didiskriminasi di tempat kerja.

“Jika mereka ini (yang berkelulusan) datang untuk temuduga bekerja, janganlah terus jadikan penampilan mereka sebagai kriteria untuk ditolak begitu sahaja.

“Bila mereka memasuki suasana kerja yang normal seperti di pejabat-pejabat, janganlah pandang serong dan pulaukan mereka. Beri masa dan waktu untuk mereka merubah diri kembali ke norma asal,” jelasnya.

Mujahid berkata masalah sosial seumpama itu tidak akan selesai jika masyarakat tidak bersama memainkan peranan kerana hasrat kerajaan adalah menyelamatkan golongan ‘mak nyah’ daripada terus hanyut dalam industri seks.

Beliau berkata bagi kategori ‘mak nyah’ yang tiada sijil atau kelulusan untuk bekerja, usaha lain boleh difikirkan contohnya dengan menyediakan dana bagi membantu mereka memulakan perniagaan yang bersesuaian. – BERNAMA

Tags: Mak NyahMujahid Yusof Rawa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JHEAT Tahan Tujuh Mak Nyah Berbaju Kurung, Berpakaian Seksi

JHEAT Tahan Tujuh Mak Nyah Berbaju Kurung, Berpakaian Seksi

27/07/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tujuh lelaki berusia 17 hingga 54 tahun ditahan atas kesalahan berpakaian wanita dalam operasi dijalankan di sebuah...

Kedah Fashion Week: Tindakan Terhadap Mak Nyah Dalam Perbincangan

Kedah Fashion Week: Tindakan Terhadap Mak Nyah Dalam Perbincangan

11/08/2022
0

ALOR SETAR : Tindakan terhadap mak nyah yang memakai pakaian mencolok mata hingga menimbulkan kontroversi terhadap penganjuran Kedah Fashion Week...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd