• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Fashion Week: Tindakan Terhadap Mak Nyah Dalam Perbincangan

oleh AK-47
11/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kedah Fashion Week: Tindakan Terhadap Mak Nyah Dalam Perbincangan
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR : Tindakan terhadap mak nyah yang memakai pakaian mencolok mata hingga menimbulkan kontroversi terhadap penganjuran Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) minggu lalu bakal dibincangkan secara lanjut dengan semua agensi terlibat termasuk kepimpinan negeri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, perbincangan mengenai perkara itu akan turut melibatkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor selepas beliau pulang ke negeri ini.

Difahamkan Muhammad Sanusi hanya akan pulang ke Kedah esok selepas menghadiri beberapa tugasan rasmi di luar Kedah sejak beberapa hari lepas, termasuk menyaksikan aksi separuh akhir zon Asia Piala AFC di Bali, Indonesia melibatkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan PSM Makassar selain mengunjungi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022.

“Dalam hal ini, beberapa perkara perlu disemak. Daripada sudut undang-undang, tindakan boleh diambil terhadap individu berkenaan kerana berperwatakan seperti wanita.

“Namun, kita akan bincangkan perkara tersebut termasuk bersama Menteri Besar apabila beliau pulang ke negeri ini nanti agar perkara sebegini tidak berulang pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam kenyataannya semalam, Mohd. Hayati memaklumkan yang individu berkenaan merupakan seorang lelaki berperwatakan wanita yang tidak pun dijemput untuk memperagakan pakaian dalam majlis berkenaan.

Individu berkenaan sebaliknya hanya mengambil gambar di pentas selepas majlis berakhir dan memuat naik ke laman media sosialnya hingga menimbulkan kontroversi terhadap program dianjurkan sebuah pusat beli-belah di sini.

Mengulas lanjut Mohd. Hayati berkata, beliau difahamkan individu berkenaan datang dari Sungai Petani bersama rakan-rakannya ke pusat membeli belah tersebut.

“Selepas fotonya tular, saya dimaklumkan yang dia telah pun memadam gambar-gambar tersebut di laman media sosialnya,” katanya.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, penganjur program tersebut telah mendapatkan permit daripada Pejabat Daerah Kota Setar dan menyatakan kesediaan untuk mematuhi peraturan ditetapkan.

“Program itu turut dipantau oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan hasil pemantauan mendapati fesyen diperagakan tidaklah bersifat terlalu melampau atau mencolok mata.

“Tetapi seperti yang saya nyatakan semalam, kerajaan negeri sememangnya berhasat untuk mengkaji bagi memperkemaskan peraturan-peraturan kecil berkaitan hiburan dan pertunjukan agar segalanya lebih jelas selepas ini,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Kedah Fashion WeekMak Nyahperbincangantindakan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Khaled Nordin, Pemangku Menteri Pertahanan Iran Bincang Kerjasama Pertahanan

Khaled Nordin, Pemangku Menteri Pertahanan Iran Bincang Kerjasama Pertahanan

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan perbualan telefon dengan Pemangku Menteri Pertahanan dan Logistik Angkatan...

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

18/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd