Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Cucuk Sanggul Pengantin Tersangkut...

JAKARTA – Detik serius sebuah majlis perkahwinan di Jawa Barat, Indonesia bertukar jenaka...

Kerajaan Masih Susun, Agih...

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih dalam proses penyusunan agensi-agensi untuk diletakkan di bawah...

Pahang, Johor Alami Hujan...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada melibatkan...

Polis N.Sembilan Anjur Karnival...

NILAI - Polis Negeri Sembilan akan menganjurkan Karnival '1 Aman Week' bertujuan menerangkan...

Aprena Laris Selepas Berumah Tangga

Aprena, 25, yang menamatkan zaman gadisnya pada November 2016 berkata, sebelum ini, dia sering menerima tawaran watak pembantu, membuatkan dirinya ternanti-nanti peluang mengetengahkan bakat.

“Tidak sangka pula, selepas diri rumah tangga, saya mula diberi kepercayaan memegang watak utama. Drama Tiada Arah Jodoh Kita bergandingan dengan Shukri Yahaya menjadi titik permulaan saya diberi watak berat,” katanya.

Anak kepada pasangan penyanyi dangdut, Iwan dan pelakon popular era 1980-an, Allahyarham Rosnah Mohd Noor itu bersyukur, status sebagai isteri tidak membataskan langkahnya untuk terus mencari peluang.

Mengakui pernah sangsi mengorak langkah kerana statusnya, Aprena atau nama lengkapnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman lega kerana peminat sudah bijak menilai dan terbuka menerima pelakon yang sudah berumah tangga.

“Alhamdulillah, peminat sudah mula nampak bakat saya menerusi Tiada Arah Jodoh Kita. Mereka juga menerima saya seadanya. Lebih menggembirakan, suami juga merestui langkah saya dalam bidang ini.

“Kepercayaan yang diberikan suami tidak akan saya sia-siakan, malah saya perlu menjaga batas sebagai isteri setiap kali menerima tawaran,” kata adik kepada pelakon, Oktavia Manrose itu.

Masih belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata, Aprena percaya, Allah mempunyai perancangan yang lebih baik untuk dia dan suami.


“Dalam soal cahaya mata, saya dan suami tidak pernah merancang. Mungkin belum rezeki kami. Namun, Tuhan memberikan saya rezeki lain apabila meraih peluang mencuba pelbagai watak berbeza,” katanya.

Aprena yang sedang sibuk di lokasi penggambaran filem, Jodoh Syaitan juga mengakui, dia hampir tidak keruan apabila akaun Instagramnya digodam, baru-baru ini.

“Sebagai artis baharu, saya banyak bergantung kepada laman sosial untuk mengemas kini aktiviti seni dan berkomunikasi dengan peminat.

“Tidak keruan rasanya apabila Instagram saya digodam. Saya berharap akan dapat semula akaun itu,” katanya. – BHONLINE 

 

Kategori