• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Hasutan Cukup Elak Kebencian Agama – PAS

oleh
25/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Akta Hasutan 1948 sudah mencukupi bagi bendung sebarang aktiviti yang boleh cetus ketegangan antara penganut agama mahupun kaum, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar berkata Malaysia mempunyai terlalu banyak undang-undang namun dalam masa yang sama penguatkuasaan terhadap sesuatu akta dilihat terlalu lemah.

“Saya rasa lebih baik menteri (di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa) melihat dahulu akta-akta yang ada dan tengok di mana ruang-ruang yang kita boleh laksanakan untuk menjaga keharmonian di dalam negara kita terutamanya dalam isu-isu yang melibatkan agama dan juga kaum.

“Saya (juga) ada terbaca pandangan daripada seorang peguam (yang mendakwa) Akta Hasutan ini cukup untuk mengawal isu perkauman dan agama,” katanya kepada pemberita selepas berakhirnya persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini, hari ini.

Semalam, Mujahid dilaporkan berkata kerajaan bercadang mewujudkan Akta Kebencian Agama dan Kaum bagi membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang menghina agama Islam atau agama lain.

Ditanya mengenai langkah Kerajaan Persekutuan untuk memperhalusi pembayaran 20 peratus royalti petroleum kepada negeri pengeluar minyak dan gas, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata perjanjian asal hanya membabitkan pembayaran lima peratus sahaja.

“Kami hanya tuntut hak (royalti petroleum) lima peratus sahaja, selesailah hak itu dulu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Amar Nik AbdullahPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd