• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Airbus Buat Kajian Kemungkinan Melabur Di N.Sembilan

oleh
24/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN — Syarikat pengeluar pesawat, Airbus, bersetuju secara dasarnya untuk menjalankan kajian kemungkinan bagi melabur di Negeri Sembilan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, Dr Rafie Abd Malek berkata persetujuan itu dicapai melalui hasil rundingan antara Airbus dan AirAsia, yang juga merupakan pelanggan terbesar syarikat pembuat pesawat terkemuka di dunia itu.

“Kerajaan negeri sangat berterima kasih kepada Tan Sri Tony Fernandes (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia) yang berusaha meminta Airbus membuka kemudahan pemasangan terakhir (FAL) di cadangan hab penerbangan yang akan dibangunkan di Labu.

“Jika Airbus bersetuju, Labu akan menjadi lokasi FAL kelima syarikat itu, selain di Touluse (Perancis), Hamburg (Jerman), Alabama (Amerika Syarikat) dan Tianjin (China),” katanya kepada pemberita hari ini.

Sebuah jawatankuasa khas yang terdiri daripada wakil kerajaan negeri dan AirAsia telah ditubuhkan bagi membuat kajian potensi berkenaan projek pembangunan hab tersebut.

Beliau berkata selain FAL, kerajaan negeri juga berharap untuk mewujudkan pusat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) di lokasi yang sama.

Mengenai kajian kemungkinan itu, beliau memberitahu, Airbus telah menyatakan hasratnya kepada AirAsia dalam satu surat bertarikh 15 Julai, kajian berkenaan akan dibuat dalam tempoh 18 bulan.

“Kajian itu juga akan merangkumi analisa kewangan, pemasaran, aspek teknikal yang lebih terperinci bagi mengakses kemampuan ekonomik projek itu dalam jangka masa panjang.

“Pelbagai opsyen akan dipertimbangkan seperti MRO, Pusat Latihan, Pusat Data, kerjasama industri serta sebagai pembekal Airbus,” katanya ketika memetik surat berkenaan.

Sementara itu, Fernandes yang telah bertemu dengan wakil Airbus baru-baru ini memberitahu, syarikat pembuat pesawat itu mahukan syarat asas seperti tanah yang luas dan kumpulan pekerja yang berkemahiran.

“Kami sudah bercakap dengan Airbus. Kami gunakan tempahan kami untuk menarik perhatian mereka bagi membuat pelaburan di Malaysia.

“Airbus amat mementingkan pekerja yang berkemahiran, jadi ini merupakan peluang terbaik kepada Malaysia untuk menarik kerja berkemahiran tinggi ke Malaysia,” katanya. — BERNAMA

Tags: Airbus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Airbus Sahkan Tawar H225M Kepada TUDM

Airbus Sahkan Tawar H225M Kepada TUDM

08/05/2024
0

Kuala Lumpur : Syarikat Airbus Helicopters mengesahkan menawar H225M dalam pembidaan untuk program perolehan 12 helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia...

Satelit Komunikasi MEASAT-3d Dibina Airbus Sedia Dilancarkan

14/06/2022
0

TOULOUSE: Satelit komunikasi MEASAT-3d yang dibina oleh Airbus kini berada di Kourou, Guiana Perancis dan sedia untuk dilancarkan dengan menaiki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd