• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ahli Yang Berhormat, Sila Duduk, Jangan Lari”

oleh Ahmad Albab
17/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini mencuit perhatian umum apabila secara berseloroh bertitah menasihatkan semua anggota Parlimen agar ‘tidak lari’ dari tempat duduk masing-masing ketika istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 hari ini.

Aksi spontan Seri Paduka ketika menjemput semua anggota Parlimen mengambil tempat duduk masing-masing itu disambut dengan tepukan dan tawa anggota Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang, sekaligus menceriakan suasana dalam dewan.

“Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tuan Yang Dipertua Dewan Negara dan ahli-ahli yang berhormat sekalian, sila duduk dan jangan lari,” titah baginda sambil tersenyum.

Seri Paduka kemudiannya duduk untuk menyampaikan titah ucapan perasmian pembukaan.

Titah nasihat itu membuatkan ramai merujuk kepada insiden pembangkang bertindak keluar dewan semalam berikutan tidak puas hati dengan prosedur pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu.

Tindakan keluar dewan bukan perkara baharu semasa sidang Dewan Rakyat memandangkan hampir setiap kali mesyuarat berlaku insiden seumpamanya, melibatkan kalangan anggota pembangkang.

Malah, Seri Paduka dalam titahnya hari ini turut menasihati anggota Parlimen agar menggalas tugas dan amanah yang diberikan dengan jujur dan penuh dedikasi.

“Beta percaya ahli-ahli Yang Berhormat akan mengambil bahagian dalam perbahasan yang sihat, matang, dapat merangsang dinamik berfikir.

“… bukan untuk mencari pihak yang benar tetapi untuk menemukan apa yang baik lagi benar, memberi cadangan, teguran dengan penuh berhemah dan bijaksana, penuh kesopanan dan bertatasusila supaya institusi Parlimen terus dihormati, dipandang tinggi oleh rakyat dan dunia luar,” tidak Seri Paduka.

Mesyuarat Dewan Rakyat penggal ini akan berlangsung selama 20 hari sehingga 16 Ogos depan. – BERNAMA

Tags: AgongAhli Parlimen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd