• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Ucap Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji

oleh
31/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke Kompleks Tabung Haji (TH) Sepang di sini malam ini, bagi mengucapkan selamat jalan kepada 483 jemaah haji yang akan berlepas ke Tanah Suci awal pagi nanti.

Keberangkatan tiba baginda di kompleks itu pada 10 malam diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan disambut oleh Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mahmoud Hussen Qattan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh dan Pengerusi TH Tan Sri Mohammed Nor Md Yusof.

Ini merupakan kali pertama Seri Paduka Baginda berkunjung ke kompleks itu selepas lokasi pelepasan haji dipindahkan dari Kelana Jaya.

Majlis dimulakan dengan ucapan menjunjung kasih Mujahid yang antara lain mengingatkan para jemaah haji untuk menjaga tahap kesihatan dan sentiasa mengikuti nasihat dan amalan pemakanan yang disarankan oleh TH dan Kementerian Kesihatan.

Beliau juga menasihati jemaah haji supaya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada ibadat sepanjang berada di Tanah Suci agar memperoleh haji yang mabrur.

Usai ucapan, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil membacakan doa memohon agar perjalanan para jemaah haji diberkati dan dipermudahkan segala urusan sepanjang menunaikan ibadah.

Laungan azan kemudiannya dikumandangkan oleh Penolong Pengurus Hal Ehwal Islam TH Shafiq Syawal sebagai memuji kebesaran Ilahi yang menerima kumpulan berkenaan sebagai ‘tetamu-Nya’.

Sultan Muhammad V kemudiannya berkenan turun dari pentas utama dan bersalam-salaman sambil mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji KT22 yang dijadual berangkat ke Tanah Suci menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8142 pada 1.35 pagi nanti.

Sehingga kini 17,000 daripada 30,200 jemaah haji Malaysia telah tiba di Madinah dan Makkah. Kesemua jemaah haji Malaysia diterbangkan secara berperingkat menerusi 37 penerbangan yang bermula 14 Julai lepas.

Kumpulan jemaah haji Malaysia yang terakhir dijadualkan tiba di Jeddah pada 15 Ogos.- BERNAMA

Tags: Agongjemaah haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Diplomasi Diraja Tuanku Agong Jadi Pemangkin Bahrain Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah F1

Diplomasi Diraja Tuanku Agong Jadi Pemangkin Bahrain Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah F1

27/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Kejayaan Malaysia dipilih sebagai lokasi penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 didorong...

Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Hanya Sehingga PRU-16 – Asyraf Wajdi

Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Hanya Sehingga PRU-16 – Asyraf Wajdi

21/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dimeterai pada 22 November 2022...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd