• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Lelaki Ditahan Dalam Operasi Banteras Dadah Di Sik

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIK – Seramai tujuh lelaki warga tempatan berumur lingkungan awal 20-an hingga 57 tahun, ditahan dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah/Jihad Dadah yang dijalankan sejak 12.01 tengah malam tadi hingga pukul 2 petang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sik DSP Abdull Razak Osman berkata operasi bersepadu membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Sik dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu dijalankan di beberapa lokasi di Sik, hasil maklumat orang awam serta risikan pihak polis.

“Kita telah menahan dua suspek mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (AKB) 1952, manakala seorang lagi suspek ditahan menerusi Seksyen 12(2) akta sama.

“Dua suspek ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) AKB 1952 manakala dua lagi suspek yang ditahan diserahkan kepada AADK untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Katanya polis turut merampas dadah jenis heroin seberat 219.28 gram dan syabu seberat 3 gram, yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM5,782.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kesemua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan…permohonan reman akan dibuat esok,” katanya. – BERNAMA

Tags: Penagih Dadahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd