• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Sekeluarga Ditahan AADK Di Kuala Ketil

oleh Cj Mnh
17/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Seorang janda anak satu berusia 21 tahun dan empat anggota keluarga termasuk bapanya yang menjadikan rumah mereka sebagai sarang penagihan dadah ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) awal hari ini.

Ketua AADK Daerah Baling, Mohamad Nasir Md Radzi berkata, serbuan tersebut dilakukan di kediaman keluarga itu di Kampung Carok Machang, Kuala Ketil sekitar pukul 1 pagi menerusi Op Cegah.

Empat beradik berusia antara 18 hingga 28 tahun berjaya dicekup manakala bapa mereka berusia lingkungan 40-an yang juga disyaki penagih dadah sempat melarikan diri.

“Lima sekeluarga yang terdiri daripada seorang bapa dan empat anaknya iaitu tiga lelaki berusia 18, 23 dan 28 tahun serta anak perempuan berumur 21 tahun itu dipercayai menagih dadah jenis opiat dan methamphetamine sejak dua hingga tiga tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Serbuan di rumah tersebut turut menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang merupakan anak wanita berkenaan.

“Empat beradik yang merupakan penganggur ini menjadikan rumah mereka sebagai sarang untuk menagih dadah dan kegiatan itu dikatakan mengganggu ketenteraman awam selain berlaku kes kecurian di kawasan sekitar,” katanya.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah dan mereka ditahan di Pusat Tahanan Reman AADK dan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 pindaan 1998.

Dalam operasi itu, turut ditahan lima lagi individu disyaki penagih dadah berusia antara 18 hingga 30 tahun di sekitar Kuala Ketil, Kampung Carok Machang, Kampung Ketemba dan Kampung Bukit Tinggi di Kupang.

“Empat daripada mereka positif dadah jenis morfin dan methamphetamine manakala seorang lagi negatif dan dibebaskan,” katanya. – BERNAMA

Tags: AADKahli keluarga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Keluarga Penyerang Balai Polis Ulu Tiram: Permohonan Kes Dibicara Bersama Didengar 20 Januari

Ahli Keluarga Penyerang Balai Polis Ulu Tiram: Permohonan Kes Dibicara Bersama Didengar 20 Januari

17/12/2024
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menetapkan 20 Januari depan bagi mendengar permohonan pendakwaan agar kes lima...

Kajian SSPA Diumum Pada Suku Keempat Tahun Ini – Anwar

Gagal Lolos Sekatan JPJ, Beri Alasan Sukar Kencing Kepada AADK

09/02/2024
0

BUTTERWORTH: Seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika sekatan jalan raya di susur masuk Jambatan Pulau Pinang malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd