Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

‘BERSATU Bincang Persiapan PRU,...

IPOH : Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU pada 8 Jun lalu tidak...

MH17: Malaysia Tak Akan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Malaysia...

Dua Kereta Pengerusi JKKK...

SEREMBAN – Dua kereta milik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ulu...

Dewan Rakyat Panas Gara-gara...

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat petang ini agak hangat berikutan pertikaman lidah antara...

Gagal Lolos Sekatan JPJ, Beri Alasan Sukar Kencing Kepada AADK

BUTTERWORTH: Seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika sekatan jalan raya di susur masuk Jambatan Pulau Pinang malam tadi, didapati positif ganja.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dia pada mulanya memberi alasan bertindak demikian kerana motosikal ditunggang itu milik pelanggannya dan bimbang ditahan kerana kenderaan tidak mengikut spesifikasi.

Ketika diminta memberi sampel urin, lelaki berusia 28 tahun itu cuba mengelak dengan alasan sukar untuk membuang air kecil, tetapi akhirnya terpaksa akur. Hasil saringan awal oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), mendapati dia positif ganja.

Motosikal ditunggang lelaki berkenaan antara 453 motosikal yang diperiksa sebelum 135 penunggang dikenakan tindakan dengan 181 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Zulkifly Ismail, berkata Ops Motosikal dijalankan selama tiga jam berakhir 11 malam tadi, bertumpu penguatkuasaan dalam mengurangkan nahas jalan raya, terutama kemalangan maut melibatkan pengguna motosikal.

“Dalam kes lelaki berusia 28 tahun berkenaan, selain positif dadah, motosikal ditunggangnya juga disita selepas didapati dibuat pengubahsuaian dan nombor plat tidak mengikut spesifikasi serta tiada cermin sisi,” katanya.

Dalam kes lain, Zulkifly berkata, pemeriksaan mendapati ada penunggang motosikal p-hailing mengubahsuai kenderaan yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.


“Motosikal ditunggang seorang lelaki berusia lingkungan 30-an didapati melakukan tiga kesalahan pengubahsuaian, iaitu tiada brek, menggunakan tayar bersaiz kecil dan ‘lower arm’ lebih panjang.

“Tindakan itu akan mengundang bahaya terhadap diri sendiri, terutama apabila motosikal tiada brek belakang yang penting untuk keselamatan. Dia terdedah kepada risiko kerana sentiasa berada di jalan raya untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggan,” katanya.

Jelasnya, motosikal itu disita JPJ untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Zulkifly berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap 7,691 kenderaan pada Op Khas Perayaan Tahun Baharu Cina bagi tempoh 1 hingga 7 Februari lalu di seluruh negeri ini.

Dalam tempoh seminggu berkenaan, katanya, sebanyak 1,175 kenderaan telah diambil tindakan dan 2,221 notis saman dikeluarkan, manakala 108 kenderaan disita selepas melakukan pelbagai kesalahan jalan raya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori