• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Lelaki Dihadapkan Ke Mahkamah Atas Tuduhan Bunuh Remaja

oleh Cj Mnh
30/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang remaja lelaki di Taman Bukit Indah, di sini, hujung bulan lepas.

Sim Chia Jun, 28; Loh Fong Chet, 23; Tan Ing Chen, 36; Jeffrey Anak Sid, 23 serta Tey Yee En, 18, didakwa bersama-sama menyebabkan kematian ke atas Gerald Lim Jun Jie, 18, di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Indah, antara 6 pagi hingga 8 pagi, 29 Jun lepas.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Kesemua mereka memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Azureen Sahira Saufee Afandi,bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Sim dan Tey diwakili peguam Tan Kim Kiek manakala peguam Malisa Abdul Kadir mewakili Loh.

Pendakwaaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir dan mahkamah kemudian menetapkan 3 Sept depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, Loh, Tan, Jeffrey dan Tey bersama seorang lagi lelaki, Lee Jun Hao, 20, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas pertuduhan membantu menyembunyikan mayat Lim dengan niat untuk mengelakkan semua tertuduh daripada seksaan undang-undang.

Kesemua mereka didakwa secara bersama-sama melakukan perbuatan itu di Lot PTD 104754, kebun durian Bandar Baru Kangkar Pulai, di sini, antara 10 pagi dan 8 malam, tarikh yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Sekayen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Asmah Zainal Ariffin menawarkan jaminan RM20,000 terhadap kesemua tertuduh dan hanya Lee yang diwakili peguam Goh Sze Han dibenarkan diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin oleh Hakim Jailani Rahman.

Jailani turut menetapkan Lee melapor diri di Balai Polis Nusa Bestari, di sini, setiap bulan mulai 1 Ogos ini manakala empat yang lain tidak dibenarkan ikat jamin memandangkan mereka turut didakwa bagi kes bunuh.

Mahkamah menetapkan 15 Ogos ini untuk sebutan semula bagi pengurusan kes. – BERNAMA

Tags: kes bunuhremaja
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd