• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

379 Kes Penipuan Komersial Direkod Hingga Jun

oleh Ahmad Albab
21/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang merekodkan 379 kes penipuan melibatkan kerugian berjumlah RM5.847 juta sepanjang Januari hingga Jun lalu.

Ketuanya Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata sindiket Macau Scam yang melibatkan mangsa memindahkan wang ke dalam akaun yang diarahkan mencatatkan kerugian paling tinggi iaitu RM3.021 juta dengan 71 kes.

Ini diikuti kes menawarkan pinjaman wang tidak wujud iaitu sebanyak 150 kes dengan kerugian RM1.134 juta, African Scam (55 kes, RM961,414) dan penipuan dalam talian (103 kes, RM731,466).

“Mangsa dalam kes Macau Scam akan mengikut arahan memindahkan wang kerana bimbang dikenakan tindakan memandangkan suspek menyamar sebagai pegawai penguat kuasa seperti polis, pegawai kastam atau daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Mereka yang menerima panggilan seumpamanya diminta untuk tidak panik dan membuat pemeriksaan di balai berhampiran,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Wazir berkata bagi kes African Scam, ia melibat kes kononnya terdapat bungkusan hadiah sebagai tanda perkenalan atau hari jadi yang dihantar kepada mangsa.

Katanya suspek akan menyakinkan mangsa untuk membayar wang yang didakwa sebagai bayaran pelbagai urusan termasuk urusan pentadbiran sebelum boleh menuntut ‘bungkusan hadiah’ tersebut.

“Suspek selalunya menyasarkan wanita berusia, ibu tunggal atau yang hidup keseorangan dan akan mengambil kesempatan daripada sikap simpati mangsa,” katanya.

Beliau berkata lazimnya mangsa akan diminta membuat pembayaran antara RM2,000 hingga RM5,000 dan hanya menyedari ditipu selepas suspek menghilangkan diri selain tidak menerima hadiah yang dijanjikan.

Katanya untuk tempoh sama, pihaknya telah menahan 131 suspek berkaitan jenayah komersial dengan tangkapan paling banyak melibatkan kes penipuan dalam talian iaitu 70 orang.

Manakala bagi tujuan pendakwaan, Mohd Wazir berkata sebanyak 55 pertuduhan telah dilakukan di mahkamah seluruh negeri bagi kes berkaitan penipuan dalam talian, Afican Scam (18 pertuduhan) dan Macau Scam (empat pertuduhan).

“Masih ramai yang menjadi mangsa penipuan walaupun kes ini sering disiarkan media. Ini menunjukkan rakyat mudah percaya atau mengambil mudah dalam banyak perkara.

“Mereka seharusnya sedar bahawa tawaran hadiah atau pengumuman kemenangan mahupun tawaran menerusi panggilan telefon hanya bersifat indah khabar daripada rupa,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes tipupolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd