• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 PATI Lemas, 16 Masih Hilang Di Perairan Kota Tinggi

oleh
28/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) lemas, lima yang lain selamat manakala 16 lagi masih hilang apabila kesemua rakyat Indonesia itu dipercayai terjun daripada bot dinaiki di perairan Tanjung Penyusup dekat Kota Tinggi, hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Johor, Kepten Maritim Sanifah Yusof berkata pihaknya mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 7.15 pagi tadi, sejurus menerima laporan orang awam pada 7.03 pagi yang menemui lima mangsa terselamat di Pantai Tanjung Penyusup.

“Sebuah bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah ditugaskan ke kawasan berkenaan bagi membantu menyelamatkan mangsa.

Hasil siasatan dimaklumkan, seramai 24 orang pendatang asing lelaki dan wanita telah terjun dari bot yang dipercayai membawa masuk mereka ke negara ini, bagi menyelamatkan diri dari karam berikutan ombak kuat. Seramai lapan mangsa telah ditemui termasuk tiga mangsa meninggal dunia,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Sanifah berkata tiga yang meninggal dunia merupakan dua lelaki dan seorang wanita yang masing-masing ditemukan pada 11.20 pagi, 11.50 pagi dan 12.05 tengah hari tadi terdampar di pantai Teluk Ramunia, Kota Tinggi sementara kesemua lima yang dijumpai selamat pula adalah tiga lelaki dan dua wanita..

Beliau berkata kesemua mangsa yang selamat dan meninggal dunia itu berumur antara 35 hingga 45 tahun.

“Operasi SAR hari ini melibatkan APMM, polis, bomba dan tentera darat dengan kekuatan 36 pegawai dan anggota,” katanya.

Sanifah berkata sektor pencarian berkeluasan kira-kira 11 batu nautika persegi di sepanjang perairan Tanjung Penyusup. – BERNAMA

Tags: mati lemasPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd