• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

220 Anggota Parlimen Angkat Sumpah

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 220 daripada keseluruhan 222 orang anggota Dewan Rakyat mengangkat sumpah pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 yang memulakan persidangannya hari ini.

Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Anggota Parlimen Pagoh tidak hadir untuk istiadat hari ini kerana bercuti sakit selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan baru-baru ini.

Seorang lagi anggota Parlimen Hafez Musa (BN-Sipitang) juga tidak hadir.

Acara yang berlangsung di Dewan Rakyat itu diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga anggota Parlimen Langkawi, turut mencatatkan sejarah apabila menyaksikan negarawan itu kembali ke Dewan Rakyat untuk kali kedua selepas 15 tahun bersara.

Seterusnya, ia diikuti oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku anggota Parlimen Pandan, barisan Jemaah Menteri, Timbalan Menteri, anggota Parlimen kerajaan, anggota Parlimen pembangkang, anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak serta anggota Parlimen Bebas.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini menjadi tumpuan kerana buat pertama kalinya berlaku peralihan kuasa selepas 61 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah negara.

Pakatan Harapan yang diketuai Dr Mahathir berjaya membentuk kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, selepas menumpaskan BN dengan memperoleh 116 kerusi Parlimen.

Parti Warisan Sabah yang memenangi lapan kerusi Parlimen pada PRU lepas turut memberikan sokongannya kepada PH menjadikan jumlah kerusi dalam genggaman 124 kerusi.

Terdahulu, bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, 69, dipilih dan dimasyhurkan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu.

Datuk Rashid Hasnon (PH-Batu Pahat) dan Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) pula dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dijadualkan merasmikan serentak persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, esok.

Dewan Rakyat akan bersidang selama 20 hari sehingga 16 Ogos manakala Dewan Negara akan bersidang selama 15 hari bermula 20 Ogos hingga 12 Sept. – BERNAMA

Tags: Ahli Parlimenangkat sumpah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berkata insiden Ahli Parlimen bertindak meninggalkan Dewan Rakyat ketika...

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Lima Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini secara terbuka mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd