Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

PBS Boleh Kembangkan Sayap...

KOTA KINABALU - Parti Bersatu Sabah (PBS) kini boleh mengembangkan keanggotaan parti ke...

Tun M, Mukhriz Dicabar...

ALOR SETAR - Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dicabar bertanding di Parlimen Jerlun...

Tajaan Pelajar MARA Kekal...

SEPANG - Tajaan pelajar Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk melanjutkan pengajian ke luar...

Jual Gelaran Doktor Kehormat...

Putrajaya : Bermodalkan serendah RM400, seseorang itu didakwa boleh mendapatkan anugerah atau gelaran...

2 Rakan Didakwa Bunuh Pemandu Grab

KUALA LUMPUR – Seorang warga Myanmar dan seorang warga India didakwa di Mahkamah Majistret , Selayang di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pemandu Grab,bulan lepas.

Sua Lay, 33, pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan Gurpreet Singh, 23, masing-masing mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua lelaki itu kerana kes itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kedua-dua lelaki itu yang masing -masing bekerja sebagai pembantu kedai sayur dan kelindan lori didakwa dengan niat bersama-sama membunuh pemandu Grab, Aiman Nosri, 27, di tempat letak kereta, lorong belakang Blok C di Taman Selayang Makmur, Selayang Baru ,Batu Caves di sini, pada 10.08 malam, 21 Jun lepas.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Muhamad Amin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam dan mahkamah menetapkan 27 Ogos untuk sebutan semula kes bagi laporan forensik dan perubatan.

Sebelum ini media melaporkan mayat mangsa yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan, ditemui pada 23 Jun lepas pada 8.20 malam itu berada dalam keadaan terlingkup dengan bahagian kepala mengenai lantai kenderaan tersebut, manakala kakinya di atas. – BERNAMA

Kategori