• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Najib Tidak Disiasat Switzerland

oleh
11/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANTOI… Ketika Kerajaan Malaysia mendakwa kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak disiasat Switzerland kerana skandal 1MDB, berita terbaharu ini jelas membuktikan pembohongan itu.

Media antarabangsa semalam melaporkan pihak berkuasa negara Eropah tersebut secara rasmi mengesahkan memang sedang menyiasat enam orang yang disyaki pernah merasuah pegawai asing dan pelbagai kesalahan lain.

Ia adalah sebagai sebahagian daripada proses siasatan pengubahan wang haram 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata jurucakap pejabat Peguam Negara Switzerland merujuk syarikat pelaburan Kerajaan Malaysia itu.

Namun kenyataan itu berkata, Najib yang merupaan bekas Perdana Menteri Malaysia, bukan pun salah seorang daripada enam orang yang sedang disiasat, sekali gus menafikan tohmahan liar kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu.

Baca: Parlimen Switzerland Sah Duit Itu Bukan Milik 1MDB

Juga: Switzerland Sah Najib Bukan Suspek Siasatan 1MDB

Sebaliknya, enam orang yang sedang disiasat tersebut merupakan masing-masing dua bekas pegawai 1MDB sendiri, dua mantan pegawai dari dana kerajaan Abu Dhabi dan dua pegawai syarikat minyak terkenal, Petrosaudi.

Kenyataan rasmi tersebut dikeluarkan selepas Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber bertemu sendiri dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Tommy Thomas di pejabat Jabatan Peguam Negara Malaysia, Putrajaya.

Dalam pada itu, Najib menerusi kenyataan dalam akaun sosial beliau meluahkan perasaan syukur atas kenyataan Switzerland tersebut yang turut membersihkan nama dirinya daripada fitnah jahat dilemparkan PH selama ini.

Ramai maklum, isu 1MBD sengaja dimainkan oleh pemimpin dan jentera PH sehingga menyaksikan Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum lepas akibat persepsi negatif berkenaan. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: 1MDBNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

“Bilion Ringgit Orang Sakau Kamu Tak Tahu… Tabung Haji, 1MDB”

“Bilion Ringgit Orang Sakau Kamu Tak Tahu… Tabung Haji, 1MDB”

22/07/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kesal kerana masih ada pihak tidak mengetahui perbuatan sakau yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd