• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

103 Individu Ditahan Dalam Operasi Kelab Malam

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Walaupun lebih empat kali diserbu pihak berkuasa pada 2017 sehingga ditutup, namun sebuah kelab malam di kawasan Shamelin, Cheras di sini dikesan kembali beroperasi dengan pengurusan baharu sejak sebulan lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras Supt Kamal Khan Mohd Shariff berkata bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) JSJN Bukit Aman melakukan pemeriksaan di kelab malam itu pada kira-kira 4.40 pagi Ahad, membabitkan 134 individu.

“Hasil pemeriksaan dalam operasi 17 jam yang berakhir pada 7 malam itu, 99 individu berusia antara 18 dan 40 tahun yang terdiri daripada warga tempatan, German, Vietnam dan Thailand ditahan berkaitan kesalahan dadah dan empat lagi wanita Vietnam ditahan berkaitan kesalahan imigresen,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu, pemeriksaan STING JSJN Bukit Aman di bilik kawalan server turut menemukan sebuah kotak pembesar suara yang berisi lebih 211 gram serbuk disyaki ekstasi, 192 gram ganja, lebih enam gram ketamin, 32 biji ekstasi dan 30 biji Erimin 5 dianggarkan kesemuanya bernilai RM13,600.

“Tiada tangkapan berhubung penemuan dadah ini, namun siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 telah dibuka dan dijalankan bagi mengenal pasti suspek serta punca bekalan dadah itu,” katanya.

Kamal Khan berkata pihaknya sentiasa membuat risikan dan pemantauan bagi memastikan pusat-pusat hiburan di sekitar ibu negara tidak menjadi sarang pengedaran dadah agar masalah sosial dapat dibendung.

Beliau berkata kerjasama dan maklumat orang awam dialu-alukan agar masalah berkenaan dapat diatasi bersama. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kelab malampolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd