• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

100 Ahli UMNO Dari 6 Negeri Lawat Najib

oleh Cj Mnh
12/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menerima kunjungan kira-kira 100 anggota UMNO dari beberapa bahagian UMNO di kediamannya di Jalan Langgak Duta, di sini, sejak pukul 1.30 petang hari ini.

Mereka merupakan wakil UMNO dari negeri Kedah, Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan.

“Lebih 100 anggota UMNO hadir mengunjungi Najib hari ini,” kata Mohd Yassin Maan, 77, anggota veteran UMNO Bahagian Rasah, Negeri Sembilan.

Menurutnya, pertemuan itu sekadar untuk menziarahi dan bertanya khabar bekas presiden UMNO itu.

Sementara itu, menurut sumber yang tidak mahu dikenali Najib dijangka mengadakan majlis kesyukuran pada Sabtu ini (14 Julai) bagi menzahirkan tanda terima kasih kepada setiap anggota UMNO atas bantuan sumbangan Tabung Harapan Najib untuk membayar baki jumlah jaminan RM500,000 di Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, lokasi majlis itu belum dapat dipastikan.

Pada 4 Julai lalu, Najib, juga bekas menteri kewangan, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa jawatan berhubung kes penyelewengan dana sejumlah RM42 juta milik Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah mengenakan ikat jamin RM1 juta ke atas beliau. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakziarah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd