• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Ditahan, Dadah 156kg Bernilai RM7.8 Juta Dirampas

oleh Cj Mnh
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang polis bantuan antara 10 lelaki ditahan di sekitar Ampang di sini, dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah yang dianggarkan bernilai RM7.8 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata kesemua lelaki berusia antara 25 dan 46 tahun itu ditahan Sabtu lepas oleh sepasukan anggota JSJN Bukit Aman hasil siasatan bersama Suruhanjaya Kawalan Narkotik Kebangsaan China (CNNCC).

Beliau berkata susulan tangkapan berkenaan, polis menemui 156 kilogram (kg) dadah disyaki syabu dalam bungkusan teh yang disembunyikan dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Ampang.

“Dadah berkenaan diperoleh dari negara jiran dan dijual untuk pasaran tempatan dan antarabangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini, hari ini.

Kesemua suspek direman tujuh hari sehingga 28 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, beliau berkata pelbagai jenis dadah bernilai RM111.83 juta dirampas dalam tempoh Januari sehingga Khamis lepas.

Katanya jumlah rampasan dadah jenis syabu ialah 1,403kg, ketamin (19.27kg), pil erimin 5 (163,300 biji), pil yaba (73,533 biji), pil ekstasi (349,800 biji), ganja (1,315kg) dan heroin (509kg).

Beliau berkata 84,693 individu tempatan dan 5,167 warga asing ditahan berkaitan kes dadah dalam tempoh berkenaan. – BERNAMA

Tags: dadahpenyeludupan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd