Saturday, May 11, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Terus Rayu Tambah...

ALOR SETAR - Kerajaan akan terus merayu kepada kerajaan Arab Saudi untuk menambah...

Muhyiddin Kongsi Kandungan Surat...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkongsi intipati surat...

Lebihan 20,000 Undi Disyaki...

KUALA LUMPUR - Kewujudan lebihan 20,000 undi dalam Parlimen Kubang Kerian pada Pilihan...

Skuad Papan Selaju Mampu...

KUALA LUMPUR - Skuad papan selaju negara dijangka mampu menyumbang pingat pada penampilan...

Zeti Ganti Wahid Jawatan Pengerusi PNB Baharu

KUALA LUMPUR – Tan Sri Abdul Wahid Omar sah meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB), demikian menurut sumber.

Sumber berkata, perkara itu disahkan dalam satu majlis townhall bersama kakitangan PNB bagi meraikan perpisahan beliau yang diadakan pada petang ini.

Katanya, Abdul Wahid ketika berucap berkata persaraan itu dibuat secara suka rela dan berkuatkuasa esok.

Pengumuman pengerusi baharu PNB juga dijangka diumumkan pada Ahad ini.

Sumber juga berkata, Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dijangka menggantikan tempat Abdul Wahid.

Baca: Akibat Tekanan PH, Abdul Wahid Bakal Keluar PNB

Juga: Tular Kisah Zeti Sendiri Tahu Najib Dapat Dana Saudi

Abdul Wahid mula dilantik sebagai Pengerusi PNB pada 1 Ogos 2016 menggantikan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Beliau sebelum itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, sebelum dilantik oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk mengetuai Unit Perancang Ekonomi (EPU).


Maybank adalah organisasi ketiga terbesar yang diterajuinya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Beliau juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Bhd. dari Julai 2004 hingga pemisahannya bersama Axiata Group Bhd. pada April 2008.

Spekulasi sebelum ini memuncak bahawa kerajaan baharu tidak gembira dengan kenyataannya mempertahankan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14. – BH Online

Kategori