Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Kita Hanya Kurangkan Subsidi...

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal tindakan segelintir pemimpin politik menggerakkan kempen...

MBK Sedia Tambah Anggota...

KUANTAN : Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bersedia menambah anggota Unit Rondaan Berbasikal sekiranya...

Video: Iklan Merdeka DiGi...

SETIAP kali menjelang kemerdekaan, pasti ramai yang menunggu iklan menarik untuk ditonton dan dikongsikan...

Pencuri Hantar Nota Maaf...

Siapa sangka, selepas memecahkan kereta seorang ustaz beberapa hari lalu, si pencuri kemudiannya...

Akibat Tekanan PH, Abdul Wahid Bakal Keluar PNB

GEMPAR… Nama beliau cukup dibenci para pemimpin dan penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) kerana teguh pertahan Barisan Nasional (BN) dalam isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Malah Tan Sri Abdul Wahid Omar teruk dikutuk ramai tokoh PH susulan tindakan berani beliau menyiarkan surat terbuka bercerita bahaya GST dimansuh kira-kira sehari sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu.

Anak bekas askar Melayu dalam tentera British yang lahir di Johor pada 19 Januari 1964 itu; bahkan membidas langkah PH mahu melaksanakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) jika blok tersebut menang PRU.

Sambil menyifatkan idea pelik itu mengembalikan Malaysia kepada zaman belakang, Abdul Wahid tampil bongkar kelemahan SST menyebabkan kastam bakal rugi teruk ditipu peniaga tidak jujur atau disebut Mafia black economy.

Malangnya majoriti rakyat Malaysia khasnya generasi muda konon mahukan perubahan lebih baik akibat terpesona janji manis PH hapus GST yang ditohmah zalim kemudian bertindak ‘bodoh’ menghukum BN pada bulan lepas!

Terkesan dengan suasana landskap politik yang sudah bertukar tangan, Abdul Wahid dilapor sedia berundur, sekali gus menyaksikan hampir semua peneraju badan korporat era BN melepaskan jawatan disandang masing-masing.

Ia sejajar kempen ‘pembersihan’ oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir melibatkan semua bos agensi kerajaan dan organisasi berkanun di seluruh negara untuk diganti termasuk Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara.

Menurut laporan portal berita perniagaan ternama antarabangsa Bloomberg, Abdul Wahid sedang berunding dengan kerajaan PH mengenai terma untuk penamatan perkhidmatannya lebih awal sebelum meletakkan jawatan.

Baca: Bos PNB Dedah Bahaya Hapus GST Diganti Balik SST

PNB Umum Jenama Semula Nama Skim ASNB

Beliau dijangka melepaskan kedudukan sebagai Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) seawal Julai ini dan Pengerusi Sime Darby Property Berhad, sebuah anak syarikat milik kerajaan (GLC) dalam hartanah.


Bloomberg melaporkan, Abdul Wahid yang pernah menjadi senator Dewan Negara ketika ditemui baru-baru ini, bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai perancangan dirinya di kedua-dua syarikat terbabit.

Dianggap antara tokoh korporat terbaik di Asia, pengunduran beliau dijangka memberi kesan besar kepada prestasi pulangan pelaburan PNB yang menyelia sedozen kaunter skim dana di bawah Amanah Saham Nasional Berhad.

Sebelum dilantik sebagai bos PNB menggantikan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dua tahun lalu, beliau merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab ke atas Unit Perancang Ekonomi dari 2013 sehingga 2016.

Terdahulu Abdul Wahid ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malayan Banking Bhd. (Maybank), sebuah kumpulan perbankan terbesar Malaysia dan antara kumpulan bank terkemuka di Asia Tenggara; dari 2008 sehingga 2013 lalu.

Sebelum menyertai Maybank, beliau merupakan CEO Kumpulan Telekom Malaysia Berhad dari 2004 sehingga GLC itu dipecahkan dengan pembentukan konglomerat telekomunikasi Axiata Group Berhad empat tahun kemudian.

Antara jasa terbesar Abdul Wahid ialah ketika menjadi CEO United Engineers Malaysia Berhad dari 2001 sehingga 2004; menyaksikan kadar tol lebuh raya konsesi PLUS tidak beban rakyat marhaen. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori