• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yang Dipertua Negeri Anak Melaka Belum Difikirkan

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ketua Menteri Adly Zahari berkata pihaknya belum lagi memikirkan untuk mencadangkan jawatan Yang Dipertua Negeri Melaka dilantik dalam kalangan anak Melaka apabila tempoh lantikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob tamat kelak.

Beliau berkata ini kerana Kesultanan Melayu Melaka dahulu mempunyai wilayah amat luas justeru ini telah menyemai ‘jiwa besar’ dalam kalangan orang Melaka yang kini menerima semua penduduk negeri tanpa mengira latar belakang, sebagai sebahagian anak Melaka.

“Orang Melaka ini bersifat terbuka, berkahwin dengan orang Melaka juga (diterima sebagai) orang Melaka… sifatnya begitu kerana Melaka ini mewarisi sejarah begitu. Kalau tengok kita ada baba nyonya, chetti dan ini diterima orang Melaka sebagai sebahagian daripada kita sendiri.

“Budaya Melaka begitu, orang Melaka tidak mempunyai sentimen (kenegerian). Bagi saya itu adalah kebijaksanaan orang Melaka,” katanya kepada Bernama.

Pada 27 Mei 2016, Mohd Khalil mengangkat sumpah untuk penggal keempat sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka. Tempoh sepenggal sebelum ini adalah selama empat tahun.

Mohd Khalil yang berasal dari Kuantan, Pahang pertama kali mengangkat sumpah jawatan itu pada 4 Jun 2004 bagi menggantikan Tun Syed Ahmad Syed Mahmud Shahabudin. Isteri Mohd Khalil iaitu Toh Puan Zurina Kassim berasal dari Duyong, Melaka. – BERNAMA

Tags: Adly ZahariMelaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenapa Saya Selalu Ulang Benda Yang Sama?

Kenapa Saya Selalu Ulang Benda Yang Sama?

27/09/2026
0

MELAKA - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari menjelaskan mengapa beliau sering mengulangi perkara sama dalam ucapannya khususnya membabitkan...

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

27/09/2026
0

MELAKA: Sebuah syarikat tempatan, Tuah Tower Sdn Bhd, mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Melaka pembinaan sebuah resort mewah berkonsepkan vila atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd