• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Nepal Maut Dibunuh Rakan Senegara

oleh Ahmad Albab
21/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Seorang lelaki warga Nepal maut ditikam rakan senegara dalam pergaduhan di rumah pekerja di ladang buah-buahan Kampung Gapis, Nyalas di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Arshad Abu berkata dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah malam itu, mangsa, Rajkumar Rai, 22, dipercayai bergelut dengan suspek Raman Salami, 23, berdasarkan kesan tompokan darah di dinding dan permukaan tangga di rumah berkenaan.

“Kedua-dua mereka merupakan pekerja di ladang terbabit dan pemeriksaan awal ke atas mangsa mendapati terdapat banyak kecederaan ‘slash wound’ iaitu kesan tikaman daripada senjata tajam sebelum lelaki itu mati di tempat kejadian.

“Namun, tiada sebarang senjata ditemui di tempat kejadian yang dipercayai digunakan oleh suspek yang melarikan diri dan jumlah luka tikaman akan diketahui semasa bedah siasat kelak,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata paramedik dari Hospital Jasin yang hadir di tempat kejadian di ladang buah-buahan seluas kira-kira dua hektar itu mengesahkan anggaran masa kematian mangsa adalah dalam tempoh 24 jam.

Arshad berkata gerakan mengesan suspek telah dijalankan dengan bantuan anggota K9 dan anjing pengesan dalam keluasan lima kilometer radius namun tidak menjumpai sebarang jejak suspek.

Katanya orang awam yang mempunyai sebarang maklumat kejadian terbabit diminta menghubungi polis dan sekiranya didatangi oleh suspek yang meminta bantuan berikutan dia turut mendapat kecederaan, segera melaporkan di balai polis berhampiran. – BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd