• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Maut Ketika Cuba Melarikan Diri Dari Polis

oleh AK-47
11/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Gelabah melihat kehadiran polis, seorang wanita maut akibat terjatuh ketika cuba melarikan diri dalam kejadian di sebuah hotel di Jalan Airport di sini, malam semalam.

Dalam kejadian pada jam 8.55 malam itu, mangsa berusia 31 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh hotel berkenaan.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, mangsa nekad melarikan diri ketika serbuan polis di bilik hotel dihuninya bersama seorang lelaki berusia 34 tahun.

Menurutnya, serbuan dilakukan oleh anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Miri berkaitan kes dadah.

“Ketika pemeriksaan di dalam bilik, mangsa tiba-tiba melarikan diri menuju ke balkoni hotel dan terjatuh.

“Kedua-dua pergelangan kaki mangsa patah dan mangsa disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati, mangsa pernah ditahan polis sebelum ini berkaitan seksyen 414 Kanun Keseksaan dan waran tangkap sudah dikeluarkan kerana mangsa tidak hadir ke mahkamah.

“Pemeriksaan di bilik menemui satu paket plastik mengandungi syabu seberat 1.15 gram,” katanya.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – BH Online

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd