• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Maut Kereta Terperosok Dalam Longkang

oleh Ahmad Albab
14/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KRAI – Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terperosok dalam longkang di Kilometer 87, Jalan Kota Bharu-Gua Musang di sini, pagi ini.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa Hasmah Yusuf, 45, mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Krai (HKK).

Suami dan lima anaknya mengalami kecederaan dan menjalani rawatan di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning, berkata ketika kejadian mangsa dan keluarga yang menaiki kereta Perodua Kancil dalam perjalanan dari Kuala Krai menghala ke Manek Urai, di sini.

“Berdasarkan keterangan salah seorang anak mangsa, apabila tiba di lokasi kejadian, kereta dinaiki mereka secara tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum terperosok di dalam longkang.

“Pemandu kereta maut ketika menerima rawatan di wad kecemasan di HKK manakala suami serta lima anaknya yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH ONLINE

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd