Tuesday, July 23, 2024

Creating liberating content

Koronavirus: 34 Rakyat Malaysia...

PUTRAJAYA - Seramai 34 rakyat Malaysia yang sepatutnya dijadualkan pulang bersama 107 yang...

Haji Hadi Kecil Hati...

Kecil hati dengan perlakuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi punca Presiden...

Ribut Pasir Landa Asia...

JEDDAH - Ribut pasir yang melanda sebahagian besar Asia Barat menyebabkan bandar raya...

Situasi Menang-Menang Penetapan Harga...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan memperkenalkan formula...

Wanita Ini Dakwa Konon Boleh Hidu ‘Bau’ Kematian

SYDNEY – Seorang wanita Australia mendakwa bahawa dia mempunyai kelebihan untuk menghidu sejenis bau pada badan manusia yang menandakan individu itu akan mati dalam masa terdekat.

Ari Kala, 24, dari Hunter Valley di sini mendakwa memiliki kelebihan itu ketika dia berusia 12 tahun dan mula menghidu bau berkenaan daripada badan bapa saudaranya yang menunggu detik-detik kematian.

“Malam sebelum kematiannya, saya terhidu sejenis bau janggal seolah-olah daging reput ‘manis’ di dalam rumahnya. Tetapi orang lain pula gagal menghidunya,” katanya.

Bagaimanapun, Kala tidak pernah memberitahu kepada mana-mana individu bahawa mereka akan mati dalam masa terdekat kerana percaya itu bukan urusan tanggungjawabnya.


Dia kini menjadi seorang jurulatih psikik yang membantu individu lain untuk mencungkil kuasa dalaman masing-masing. Sebelum ini, Kala bekerja di sebuah firma sebagai setiausaha perundangan. – Agensi/Kosmo Online

Kategori