• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Azizah Menghadap Pemangku Raja Pahang

oleh Ahmad Albab
25/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail petang ini menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Abdulaziz di sini sempena lawatan pertama beliau yang pertama di negeri ini selepas dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga sebelum itu tiba bersama-sama Pengerusi Parti Keadilan Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman di istana berkenaan pada pukul 3.05 petang sebelum meluangkan masa selama dua 20 minit bersama Tengku Abdullah.

Turut sama dalam pertemuan tersebut termasuk Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminan Maimunah Iskandariah, anakanda putera dan puteri baginda serta Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Suriani Ahmad.

Wan Azizah yang ditemui selepas itu memaklumkan pertemuan itu adalah kunjungan hormat sempena lawatannya ke Pahang pada hari ini.

“Ada juga perbincangan dalam beberapa perkara tertentu terutamanya tentang beberapa projek kerajaan persekutuan yang ada di negeri ini. Selain itu perbincangan turut diadakan tentang usaha untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib yang ada di Pahang.

“Paling menarik dalam pertemuan tadi apabila Tengku Puan Pahang sendiri memaklumkan bahawa Pahang mempunyai satu produk yang begitu istimewa dan dekat di hati baginda iaitu Tenun Pahang yang dibantu dihasilkan oleh banduan (di Penjara Penor).

“Mungkin kita akan bantu untuk mengetengah serta mempromosikan lagi produk ini, namun ia masih dalam peringkat perbincangan awal,” katanya. – BERNAMA

Tags: Wan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Anwar Akan Terajui Negara Jika PH Kembali Berkuasa

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan harapan sekali lagi berkuasa, menurut bekas Timbalan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd