• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Serah Kepada Peguam Tentukan Harta Parti

oleh Ahmad Albab
28/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Para peguam UMNO akan meneliti barangan rampasan dalam siasatan kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya ada yang dimiliki oleh parti itu, kata Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang menjalankan tugas-tugas presiden parti berkata sekiranya ada antara barangan rampasan itu adalah milik parti itu, pihaknya bersedia mengikut perundangan sedia ada.

“Kita akan mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada dan serahkan kepada peguam untuk mengaturkannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri dan Sesi Pengenalan Calon-Calon Pemilihan UMNO 2018-2021, di Ayer Keroh di sini hari ini.

Majlis yang dianjurkan Badan Perhubungan UMNO Melaka itu turut dihadiri pengerusinya, Datuk Seri Idris Haron; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang juga calon Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan barisan calon yang bakal merebut jawatan tertinggi pada pemilihan parti 30 Jun ini.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh meminta UMNO memberi keterangan kepada polis jika benar ada antara barangan rampasan termasuk wang tunai melibatkan siasatan kes 1MDB adalah milik parti itu.

Amar Singh berkata namun pihaknya belum dapat mengenal pasti pemilik barangan rampasan yang dibuat di enam premis melibatkan bekas perdana menteri itu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga calon presiden UMNO berkata beliau berikrar akan terus mempertahankan empat prinsip perjuangan parti itu jika dipilih memimpin parti itu pada pemilihan parti Sabtu ini.

Beliau berkata empat prinsip perjuangan itu meliputi hak keistimewaan orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, agama Islam dan raja-raja Melayu.

Katanya, empat prinsip perjuangan itu adalah manifesto yang diperjuangkan beliau pada pemilihan pucuk pimpinan 30 Jun ini. – BERNAMA

Tags: hartaUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

249 Agensi Polis Bantuan Diluluskan Di Seluruh Negara

Next Post

Peneroka Felda Jengka Lapor Polis Tidak Terima Insentif

Related Posts

UMNO Kelantan Gesa Laksana Titah Tahanan Rumah Ke Atas Najib

UMNO Kelantan Gesa Laksana Titah Tahanan Rumah Ke Atas Najib

12/07/2025
0

Kota Bharu: UMNO Kelantan memohon Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera melaksanakan titah tahanan rumah ke atas bekas...

RM4.5 Bilion Harta Daim Di Lima Negara Akan Dibeku

RM4.5 Bilion Harta Daim Di Lima Negara Akan Dibeku

29/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Aset dan harta dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, keluarganya serta proksi, yang berada di...

Next Post

Peneroka Felda Jengka Lapor Polis Tidak Terima Insentif

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd