• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

249 Agensi Polis Bantuan Diluluskan Di Seluruh Negara

oleh Ahmad Albab
28/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sebanyak 249 agensi polis bantuan telah diluluskan penubuhannya di seluruh negara meliputi sektor kerajaan, badan berkanun, swasta, syarikat berkaitan kerajaan dan universiti-universiti awam sehingga 12 Jun tahun ini.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Tajudin Md Isa berkata unit polis bantuan adalah tertakluk di bawah Perintah Tetap Ketua Polis Negara H602, yang mana, mereka berkuasa menggunakan kuasa polis dalam menjalankan rondaan dan kawalan statik.

Beliau berkata unit polis bantuan juga berkuasa memeriksa orang ramai dan kenderaan; melindungi dan mengiringi harta majikan; mencegah kesalahan-kesalahan jenayah; mengesan dan menangkap pesalah jenayah di kawasan premis syarikat.

“Unit polis bantuan dilatih sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan disiplin dan kemahiran tinggi dalam memastikan kesiapsiagaan semasa menjalankan tugas bagi menjaga ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya berucap pada Majlis Penyerahan Sijil Penubuhan Polis Bantuan Advance Prestige Sdn. Bhd., Sutera Harbour Resort, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah; Ketua JPJKK Kontinjen Sabah, SAC Ahmad Fadzillah Mohamed dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sutera Harbour Resort, Gerard Tan.

Tajudin turut menasihatkan semua unit polis bantuan mematuhi segala undang-undang dan peraturan-peraturan ditetapkan supaya tidak tersasar daripada hala tuju dan matlamat penubuhan polis bantuan sekali gus meningkatkan kerjasama strategik mencegah jenayah secara komprehensif.

“PDRM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas serta menarik balik kuasa polis bantuan yang telah diberikan,” katanya.

Dalam pada itu, Tajudin berkata, Advance Prestige Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan penubuhan polis bantuan pada 11 April lepas dengan 125 perjawatan.

Beliau berkata unit polis bantuan berkenaan bertanggungjawab menjalankan penugasan dan kawalan keselamatan di bangunan, aset serta kawasan hotel dan resort terbabit yang meliputi keluasan 155.4 hektar, yang mana, 90 peratus daripadanya adalah kawasan perairan.

“Dengan ini, sudah tentu akan menambahkan keyakinan para pelancong untuk datang ke Sabah dan secara tidak langsung memberi impak positif kepada industri pelancongan negeri,” katanya. – BERNAMA

Tags: PDRMPolis Bantuan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

CEO GLC Direman Kes Seleweng Tender RM300 Juta

Next Post

UMNO Serah Kepada Peguam Tentukan Harta Parti

Related Posts

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan seorang anggota polis trafik tidak memberhentikan motosikal ditunggangnya selepas ia bergesel dengan sebuah...

’38 Tahun Bersama PDRM, Saya Tak Pernah Terbabit Dalam Mana-mana Parti Politik’ – KPN

’38 Tahun Bersama PDRM, Saya Tak Pernah Terbabit Dalam Mana-mana Parti Politik’ – KPN

23/06/2025
0

PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan beliau tidak pernah terbabit dengan mana-mana parti politik sepanjang 38...

Next Post

UMNO Serah Kepada Peguam Tentukan Harta Parti

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd